Persoalannya, sejauhmana hasrat ini mampu dicapai kalau sistem jaringan internet kita tidak semaju negara lain? Hasrat sudah cukup ok. Kerajinan cikgu-cikgu pun sudah cukup membanggakan. Tak kisahlah bangun subuh-subuh ataupun bersengkang mata malam-malam. Masalahnya sekarang, gangguan jaringan internet sejak akhir-akhir ini sangat membantutkan kerajinan cikgu-cikgu ni. Ditambah lagi dengan sistem perngoperasian yang dibina oleh kerajaan ini agak lembab mutu perkhidmatannya hingga menyebabkan guru-guru tersangkut dalam trafik udara hingga berjam-jam lamanya. Penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan ini sudah seringkali dilakukan namun nampaknya, sampai sekarang, ia masih juga ditahap kurang standard.
Sungguhpun juga pusat akses sudah disediakan di setiap sekolah, namun semenjak awal tahun sampailah sekarang, sistem akses ini belum diupdate lagi sebab kontraktor telekom belum sampai-sampai lagi sekolah.
Pengorbanan demi pengorbanan dituntut. Akad AKU JANJI dimanipulasi sehebat mungkin agar guru terus akur pada perintah sumpah yang sudah ditaklikkan. Pembayaran gaji yang sudah mencanak-canak naik dijadikan alasan untuk kaum cikgu terus memberikan khidmat bakti. Itu tiada masalah sebenarnya. Kaum cikgu adalah golongan manusia yang suci hatinya yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk negara. Kalau tentera sanggup korbankan nyawa, guru sanggup korbankan masa dan keluarga. Tapi, ini bukan soal itu semua. Ini soal sejauhmana campurtangan pihak tertentu dalam membantu meringankan masalah jaringan internet dan sistem operasi online yang sememangnya agak sengal ini. Orang atas jangalah tahu melalak saja. Sesekali, turunlah juga ke padang dan tengok sendiri macamana seriusnya kaum cikgu ni mengusung laptop dan broadband sana sini demi mengejar tarikh mati yang lebih menakutkan dari kiamat. Kami bukan sengaja lewat. Apalagi sengaja mahu buat komplen (well, kawan aku cakap, dalam dunia ni, golongan cikgulah yang paling kuat mengomplen). Tapi ini memang sesungguhnya alasan yang betul-betul benar.
Oh...pastilah aku akan 'disogit' atas entry ini. Hukum dunia, biasalah. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi tertutup di mana kebebasan bersuara adalah terhad kepada perundangan dan salur-salur tertentu. Tapi mungkin ini sajalah caranya untuk segera sampai ke atas. Aku juga tak suka jadi anjing yang cuma tahu menyalak di kedai kopi. Tuntutlah aku kalau benar ia bakal menjadi kontroversi. Hukum mandotori pasti akan dikenakan. Itu pun salah satu masuk dalam aku janji (ke?).

0 comments:
Post a Comment