Friday, March 9, 2012 | By: Luna Biru

Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar




10 Mar 2012 (Sabtu)
Semalam kena sms oleh pak GB untuk hadir ke Seminar Keibubapaan dan Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Papar. Acara akan diadakan di Dewan Papar bermula seawal jam 7.30 pagi. Oh, bestnya, cikgu-cikgu sekarang sudah on call. 
Waktu aku sampai ke dewan, terkejut juga tengok ramainya ahli jemaah yang terlibat dalam seminar. Terus-terang, aku tidak tahu menahu langsung pasal majlis ni. Malahan, waktu mendaftar, nama aku pun tiada dalam senarai peserta. Mungkin GB panggil sebab dia mahu uploadkan entry pasal majlis ni ke blog sekolah. Yalah...aku kan mamarazi...haha...

Aku cuma sempat dengar separuh dari isi ceramah keibubapaa yang disampaikan oleh Datuk Haji Ibrahim Saad, Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Tajuk ceramah Peranan Ibubapa dalam Pembentukan Pendidikan Anak-Anak. Seronok dengar ceramah dari otai yang begitu berpengalaman. Cara penyampaian beliau membuat aku percaya bahawa beliau sudah berguru dengan Datuk Fadzilah Kamsah. Sungguhpun ceramah yang sepatutnya berlangsung selama 1 jam 45 minit itu disingkatkan kepada sejam sahaja, namun, banyak juga input yang telah beliau sampaikan. Penceramah banyak menyindir sikap kaum lelaki yang selalu menjadi punca masalah dalam rumahtangga, terutamanya kerana sikap lalai dan pelupa suami. Penceramah juga menyelitkan banyak unsur-unsur humor dan cerita pengalaman sampaikan slide yang dipaparkan macam tak berguna langsung. Well, memang agak sedikit lari dari tajuk ceramah, rasanya. Tapi mungkin itu pendekatan yang digunakan iaitu menyampaikan isi ceramah melalui teknik penceritaan dan contoh-contoh sosial semasa. Apapun, memang hebat! Tahniah Datuk...

Selesai saja ceramah, aku pun minta diri untuk pulang sebab waktu aku keluar tadi, seorang anak pun belum bangun lagi. Umi sejak kelmarin sudah balik Lahad Datu dan abang pula sudah berangkat lebih awal dari aku tadi untuk melatih pasukan bola sepaknya. Apa yang pasti, majlis ini akan diteruskan dengan Pelancaran Program Guru Penyayang yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Binti Haji Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P175 Papar. 

Adios. 

Pendaftaran peserta...Ni kawan lama aku si Raizan Jan. 
Ni pula cikgu yang duduk di belakang tempat duduk aku, Kak Asmah bertudung merah, manager Bio Aura tu...Bertudung hitam pula Kak Rasyidah, cikgu tadika dorang Anis dan Abe. Lama tak jumpa Kak Rasyidah sampai aku sendiri sudah kurang cam.




0 comments:

Post a Comment