Chicken Rice Shop, Suria Sabah, while waiting the order...
Ia adalah 3 minggu yang getir dan memenatkan.
Banyak yang telah dikorbankan dan menjadi mangsa pada kesibukan yang bertalu-talu ini, terutamanya masa senggang untuk mereka yang bernama anak dan keluarga.
Syukur Alhamdulillah, satu-persatu tugasan dapat dipadamkan dari senarai. Sungguhpun senarai itu tidak juga menjadi pendek lantaran kehadiran tugasan baru yang sentiasa ada menyusul, namun, sekurang-kurangnya ia menjadikan kami sedikit lega. Dan ya...untuk segala yang bernama kesibukan itu, maka inilah ganjaran yang dapat kami berikan pada mereka yang bergelar anak. Ia juga sebagai tanda mohon maaf atas ketidaksengajaan menelantarkan mereka atas excuse hambatan due-date yang mengetat setiap waktu. Ia juga untuk meraikan setiap inci kejayaan mereka.
Ia adalah untuk anak-anak mama dan abah...
Anis semakin gelap dan sudah hampir sama tinggi dengan aku...
Like father like son...
Si Abe yang nda pernah handsome dalam kamera. Nda fotogenik tul budak sorang ni.
Aku benci bila nampak pendek sangat sebelah abang.
3 budak 3 otak
Ni rancangan favorite dorang ni. Wimpy Kid
Si Acik jua macam nda banar kalau digambar.
Ni senyuman istimewa Mizanlah ni kali.
Kedai buku kesukaan kami...siap2 ja rabak duit.
Solat dulu...
Yeah...abah vs Arin. Keputusan : Arin menang
Mama vs Anis. Keputusan : Dua2 knock out sebab dua2 pun kaki bangku nda pandai menari.
Si Ade yang kemaruk mikrofon sedang menyanyi lagu Kenangan Terindah
Dang Itam, Si Anis sedang mencuba untuk menang kali ke 3. Keputusan : Tak menang2 juga
Ruang muka tu besar sangat nda ngam untuk muka si Ade yang kecil.
Dinner di McD Api-Api. Tempat kami dating ni dulu
Siapa sangka anak aku sudah sebujang ini...cepatnya masa berlalu...
Bagi aku hari ni sangat bermakna sebab kami dah janji bahawa hari ini adalah hari tanpa shopping dan niat hanya sekadar untuk menikmati erti kekeluargaan. Ya Allah...kurniakanlah cinta kasih di hati kami untuk terus mempertahankan kedaulatan amanahMu, sepertimana Kau mengurniakannya pada insan-insan sebelum kami...
Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan.
Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna
menanti mentari ungu hitam.
Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu,
mengetuk mimpimu.
2 comments:
oh how sweet..buat saya nak kahwin cepat2. haha
Habiskan dulu degree tu...hehe
Post a Comment