Sunday, July 10, 2011 | By: Luna Biru

Berani kerana takut

NONE

Demontrasi.

Sejauh mana hakikat ini boleh mengubah dunia?

Sejauh mana pemimpin demontrasi bisa menjamin bahawa perkumpulannya akan tersedia aman?

Semampu apa pengikut demontrasi berjanji tidak akan membuat onar?

Sebesar apa keyakinan kita bahawa tidak ada pihak yang menangguk di air keruh pada saat demontrasi dijalankan?

Sejujur apa niat dan perjuangan yang diperjuangkan dari saat idea ini muncul hingga saat ia dilaksanakan?

Jawapannya : Nil. Kosong.

Tidak ada peratusan yang dapat menjamin walau secuil harapan pun.

Kenyataannya, setiap demontrasi pasti berakhir dengan kekecohan.

Tapi belum ada satu pun yang bisa belajar apa-apa darinya, atau mengambil iktibar dari mana-mana arakian peristiwa yang pernah terjadi.

Kenapa?

Kerana kita terlalu tamak untuk berjaya dan cuba menggapainya dengan jalan yang lebih mudah.
Kerana ia lebih mudah mempengaruhi bilangan manusia untuk mengikuti langkah songsang itu berbanding cara perjuangan yang lainnya.
Kerana kita belum benar-benar telus dan tulus dalam mempertahankan kedaulatan niat kita.

Bodohlah manusia yang memilih cara ini.

Ingatlah, iblis telah membuat 10 permintaan kepada Allah yang telah dimakbulkan. Salah satunya adalah menjadikan pasar sebagai rumahnya. Pasar yang dimaksudkan di sini adalah tempat yang sesak, ramai dan bising. Boleh saja demontrasi adalah pasar yang seterusnya yang dijadikan rumah bagi sang iblis yang halus dan sang iblis yang berjasad.

Lalu kita pun tersesat di dalam keramaian itu hingga kita tak pernah benar-benar tahu bersih tulusnya perjuangan yang ditangguk di air yang keruh.

Naiflah bahawa semakin maju kita dalam arus modenasi, semakin kita tersasar dari landasan kebenaran. Menangiskah Bapa Kemerdekaan di alam baka melihat rakyat yang diperjuangkannya dahulu kini bertebar di bumi yang sama dengan perjuangan yang berbeza? Semurni diakah hati rakyat Malaysia tika mengambil keputusan untuk berhimpun dan berarak di jalan yang pernah dilaluinya? Berbanggakah kita tika menjadi salah seorang manusia yang bersuluh di jalan yang terang?

Katanya, idea ini lahir dari sang cendikiawan. Cerdik sangatkah hingga berjaya mempengaruhi sejumlah rakyat Malaysia berhimpun hingga membelakangkan undang-undang? Cerdik sangatkah bila akhirnya ternyata idea itu gagal fatal dalam mencapai objektifnya? Cerdik sangatkah bila pengakhirannya seorang ibu, seorang bapa, seorang anak, malah seorang warga menjadi penghuni pagar besi sedang masih banyak mulut yang perlu disuapnya?

Aduhai....

Kalau benar kau cerdik, kenapa tidak memilih mogok saja? Tiru perjuangan agung Mahatma Gandhi, atau Anand Krishna. Pasti mengikutmu lebih menghormatimu. Itu pun kalau kau berani. Ah, aku percaya kau takkan berani. Mana mungkinlah kau memilih cara itu. Ia adalah cara paling sukar, paling sikit pengikut malah paling menyeksa mental dan fizikal. Perjuanganmu belum telus, kerana itu kau tak kan pernah mahu memilih cara itu.

Atau, kenapa tak kau tunggu pilihan raya saja? Biar rakyat menjadi hakim. Biar manusia yang kau tentang berundur secara berwatikah kerana aku yakin mereka takkan pergi semata-mata kau telah melaksana idea gila bodohmu ini.

Lihatlah hasil sebuah idea dari sang cendikiawan.

Demontrasi!

Hapuskan budaya ini! Aku pasti jadi pengikut tegar untuk menentangnya!


0 comments:

Post a Comment