Monday, July 11, 2011 | By: Luna Biru

Aku JUVANA mania


Tinggal seminggu saja lagi sebelum berakhirnya drama bersiri JUVANA di TV3. Satu-satunya rancangan keluaran TV3 yang aku tengok. Nasiblah aku sudah jadi mania dengan cerita ni. Kalau tidak, tak mungkin aku sanggup tercongok depan kaca TV menghadap iklan yang lebih panjang dari drama. Biasalah....TV3....!

Tapi memang best gilak lah cerita ni. Selain AF dan Maharajalawak, inilah slot yang buat kami sekeluarga berhimpun bersama setiap minggu. Tak sanggup rasanya bila membayangkan bahawa JUVANA akan berakhir minggu depan pada episod yang ke-13. Sungguhpun hakikatnya, aku memang mahu tahu sangat apa kesudahan cerita ni terutamanya bila terjadi klimaks yang amat mengejutkan tadi.

Pada anda yang belum pernah menonton drama ni dengan alasan tak pernah tengok cerita melayu, atau tiada masa atau malas tengok TV, jomlah luangkan sedikit masa anda. Anda takkan rugi! Percayalah!
Aku mahu kumpul banyak-banyak gambar pasal drama ni. Lagi 20 tahun akan datang, aku mahu generasi kecil yang menontonnya hari ini akan ingat drama ni sampai bila-bila.

0 comments:

Post a Comment