PRINSIP? ATAU HELAH BELA DIRI?
Aku selalu kagum pada orang yang begitu mudahnya men’describe’kan dirinya untuk menerangkan prinsip dirinya dan kesikapannya. Orang-orang macam ni, biasanya begitu yakin menuturkannya sehingga buat aku jadi cemburu. Soalnya, aku dah bertahun-tahun cuba mencari suatu ayat mudah untuk membuat deskripsi itu, tapi sampai sekarang, aku belum temukan yang terbaik.
Lazimnya, orang-orang begini akan penuh lantang bersuara serta dengan gaya mendabik dada. Kagum, aku cukup kagum. Tapi maaflah, biasanya menurut pengalaman aku, semuanya itu indah khabar dari rupa sahaja. Persoalannya, prinsip yang mereka gembar-gemburkan itu hanya boleh diterima-pakai oleh diri mereka sendiri sahaja. Tapi untuk orang lain, mereka tak pakai langsung. Macam mereka lupa, bahawa orang lain pun ada prinsip juga.
Beginilah beberapa contoh ayat-ayat berbentuk prinsip yang aku selalu dengar, dan pernah dituturkan pada aku (dalam bahasa Sabah,ya!);
“Sorrylah. Aku ni seorang yang lurus. Aku suka berterus-terang dan aku tak suka hipokrit” (Habis tu, kenapa bila turn aku terus-terang, aku dianggap kurang ajar pula? Siap mengamuk lagi! Kata tak suka jadi hipokrit, kenapa mahu pulak orang jadi hipokrit untuk dia?)... Selfish kan?
“Aku ni...seorang yang baik, sangat baik. Tapi awas kalau aku disakiti, aku akan jadi manusia yang paling kejam yang pernah kau kenal,” (Begitu banyaklah aku buat baik sama dia selama ni nda pernah pula dia nampak, tapi bila aku terjahat sekali, sudah mau kuar statement cam ni)...tak adilkan?
“Ala...kau tersinggungkah...sorrylah, saya ni memang begini. Mulut saya ni memang begini ba...kau tahan-tahanlah sama mulut aku ni aaa...,” (Habis tu, kenapa sedih betul bila orang lain laser dengan dia? Hari-hari mengadu hal yang sama, si anu celuparlah, si anu laserlah...mungkin tu orang lain pun mulutnya sama juga dengan dia?)
“Saya tia tau ba kenapa saya mesti jadi mangsa keadaan sedangkan saya sudah buat yang terbaik untuk kamu semua. Saya ni jenis yang rela berkorban ba untuk orang lain,” (ayat ni paling power, dapat mencairkan hati sesiapa saja yang mendengar. Confirm dapat sokongan padu).
“Apa yang saya cakap, apa yang saya tulis, itu adalah hak saya. Kalau kau tidak suka sama apa yang saya tulis, kau boleh kasi remove saya jadi friendlist kau” (Wah...kalaulah kita semua ada hak dan kebebasan bersuara tanpa memikirkan hak asasi orang lain,alangkah seronoknya hidup. Bolehlah aku laser suka-suka hati aku. Lagipun, dah lama juga aku nak remove kan orang-orang cam ni dari friendlist sejak dia suka kutuk-kutuk orang lain, tapi tak sampai hati. Akhirnya bila terkena batang hidung sendiri, baru padan ngan muka aku)
“I am a very open minded person, but yet, please don’t take granted of my kindness, or you’ll be regret for all the rest of your life,” (wah...aku terbayang-bayang mesti dia ni orang hebat betul orangnya sampai boleh buat orang lain menyesal seumur hidup).
Orang-orang macam ni, maaflah, bagi aku hanyalah sekelumit manusia yang hanya mahu menutup kelemahan diri sendiri dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang bodoh. Mereka mementingkan diri dan mahu orang menerima kelemahan mereka dengan bersandarkan pada prinsip bodoh yang tak berasas. Mereka juga adalah segelintir manusia yang mahu meng’excuse’ kekejaman yang mereka lakukan. Mereka lupa, bahawa setiap manusia itu juga ada prinsip sendiri. Tidak perlulah mendabik dada mempertahankan prinsip yang hanya membuka pekung di dada sendiri. Ia tidak menunjukkan kekuatan dan kelebihan melainkan menampakkan kebodohan diri sendiri.
Persoalannya;
Kenapa, kita hanya mahu orang memahami prinsip kita sedangkan kita menolak untuk menerima prinsip orang lain?
Kenapa, kita selalu fikir bahawa kitalah yang menjadi mangsa pada keadaan sedangkan kita sedang menjadikan orang lain mangsa pada prinsip kita sendiri?
Kenapa, kita selalu fikir bahawa tiada yang dapat memahami penderitaan kita sedangkan orang lain sedang melalui satu krisis yang lebih teruk lagi tetapi masih bertahan atas dasar kemanusiaan?
Kenapa, kita fikir bahawa kitalah pemberi yang lebih perlu diberikan penghargaan sedangkan orang lain juga sedang memberi dengan tangan kiri yang tidak mengetahuinya?
Mungkin, inilah yang digelar manusia yang pentingkan diri, atau dalam bahasa mudahnya; SELFISH! Orang-orang begini, sekali lagi, maaflah, sering melihat dunia ini dalam satu kotak, yang dalam kotak itu pula, hanya ada dirinya. Tapi yang sedihnya, sering pula mendabik dada mengatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah semata-mata berlandaskan kasih sayang pada orang-orang di sekitarnya. Mereka lupa, bukan semua manusia buta untuk menilai. Mereka juga lupa, Allah itu tidak pernah tidur dan sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya.
Yang sedihnya, orang-orang begini selalu menang bersaing di peringkat dunia. Selalu mudah mencuri simpati, selalu berjaya mengait hati sesiapa saja untuk bersetuju dengannya. Yalah...kan dia mangsa keadaan...
Dan aku tahu, apa yang kucoretkan dalam entri kali ini, kalau terbaca oleh sang pemerinsip itu, sudah pastilah dia akan marah betul. Tapi, tidak bolehkah aku juga menjawabnya dengan mengatakan ayat yang sama dia pernah lemparkan padaku dulu;
"Ini wall aku, blog aku. Aku punya sukalah mau tulis apa. Kalau kau tidak suka, jangan buka dan jangan baca. Kau buatlah blog sendiri untuk kutuk aku balik macam kau pernah buat dulu. Mesti ramai follower kau tu, kau kan mahir mempengaruhi orang?"
(wah....terasa macam Fasha Sandha la pula, ada blog kelab pembenci).
Orang-orang begini, mereka lupa, bahawa mereka sedang menabur satu benih ke bumi yang kemudiannya benih itu akan tumbuh dan hidup dalam tanah yang penuh kebencian. Bukan semua orang diberi kelebihan untuk bijak berhujah. Aku adalah salah satu antara yang malang itu, yang tidak memiliki kemahiran berhujah walaupun sekadar untuk mempertahankan diri sendiri. Ketidakmampuan ku itu menjadikan aku seorang pendendam. Segala sakit hati yang kuterima, kusimpan baik-baik dalam lipatan memoriku dan yang menyakitkan ialah, aku jarang lupa, walau sekecil mana pun kebaikan atau kejahatan. Lalu kubawa nama-nama itu, dalam hela tidurku, dalam tabir doa-doa di solatku, memanjat keadilan pada Tuhan, untuk memberitahumu, betapa sakitnya hatiku pada prinsip bodohmu.
Dan Tuhanku yang baik itu selalu mengabulkan doaku. Kerana dia tidak dapat ditipu dengan prinsip bodohmu. Tidak juga buta menilai dan dapat kau pengaruhi dengan air matamu, seperti mana manusia-manusia lain di sekitarmu.
Pada kamu, yang bergelar SELFISH, pertahankanlah prinsipmu sejauh mana yang kau mahu. Tapi janganlah sesekali kau lupa bahawa kita menyembah Tuhan yang sama. Kita berkiblat di ufuk yang sama. Kita membaca wahyu yang sama dan kita bersyahadah atas tiang yang sama. Kau perlu tahu, mulutmu, yang indah menutur prinsip itu, adalah mulut yang sama juga yang akan kau bawa ke atas sejadah, mengejar haji ke Baitullah dan mengucap syahadah sedetik sebelum nafasmu berakhir. Pada semua prinsip-prinsipmu yang tidak pernah sempat ku balas dulu, biarlah Allah saja yang membalaskannya untukku. Pada semua kekejaman yang telah kau halalkan kerana prinsipmu, biarlah Allah saja yang mengingatkanmu betapa haramnya perlakuanmu.
...kini aku tahu satu deskripsi tentang aku kalau orang bertanya nanti; AKU PENDENDAM!
"Jangan menganiaya saat kau mampu, akibat penganiayaan adalah penyesalan jua. Kedua matamu tidur sedang yang teraniaya bangun; mohon kau dibalas sedang Allah selalu berjaga"...Syair pujangga Arab da...
0 comments:
Post a Comment