Thursday, February 24, 2011 | By: Luna Biru

MSS ZON PEKAN KALI KE-39 2011-FINAL DAY

Berakhirlah sudah temasya MSS Zon Pekan kali ke-39 tahun ini. Meski hanya menyandang 1 pingat emas menerusi acara lompat tinggi, namun aku cukup berbangga kerana team kawatku dinobatkan sebagai naib juara. Johan disandang oleh SK. Buang Sayang dengan kelebihan 5 mata.

Aku cukup berbangga dengan pencapaian skuad kontinjen kawat SK.Surati pada hari ini. Tidak sia-sia usahaku dan Fairuz yang bertungkus-lumus selama 2 minggu ini melatih mereka (juga dibantu oleh Mr.Codffrey last2 minute). Padahal, hingga ke hari terakhir latihan pun mereka belum sebaik ini. Tapi alangkah mengejutkan apabila sampai pada harinya, mereka memperlihatkan satu komitment yang begitu memberansangkan. Aku tidak kisah sangat sama ada mendapat tempat atau tidak. Yang paling penting bagi aku ialah kesungguhan mereka pada hari ini adalah sudah melebihi daripada apa yang aku jangkakan.


Apa yang membuat aku gembira ialah disiplin yang mereka perlihatkan sepanjang tempoh temasya itu berlangsung. Mereka menurut setiap pesanan yang diberitahu pada hari sebelumnya tanpa perlu ku ulang siar arahan itu untuk kali kedua. Sesampai mereka di padang, mereka terus berbaris dan apabila acara selesai, masing-masing duduk dan mengeluarkan bekalan yang dibawa. Mereka membuang sampah di tempat yang sepatutnya, tidak berkeliaran di padang dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan atlet sekolah. Mereka juga tidak membuat bising ketika ucapan perasmian berlangsung, which is, for me, is a miracle! Mudah-mudahan disiplin ini mereka bawa terus ke sekolah dan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Aku berbangga dan gembira hari ini bukan atas kemenangan itu, tapi kerana perubahan sikap yang mereka bawa membuat aku merasa begitu istimewa, membuat aku merasa bahawa, hari ini aku telah dapat mendidik sumber manusia yang komited pada tugas mereka.

Terima kasih atas kerjasama yang padu kepada team SK.Surati dalam melatih kontinjen kawat sekolah samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pasukan guru-guru Sk. Surati yang tetap meneruskan perjuangan di sekolah sementara kami berjuang melawan panas terik di tengah padang. We have done our part to educate human resources in the future! Good job, everyone!

Aku bersyukur kerana mampu memggendong tugas menjadi pengurus dan jurulatih kawat ini untuk pertama kalinya, sungguhpun pada mulanya ianya begitu berat bagiku. Aku bersyukur kerana diberi kepercayaan ini oleh seorang PK Kokum yang bagaikan seorang bapa kepadaku; iaitu Encik Salleh Tami. Akan kulakar namanya dalam pahatan hidupku sepertimana nama En.Nining Yahya Bin Haji Abdul Wahid dan Haslijah Yunus.

Sekitar temasya hari ini...

Abe Haiqal pertama kali ikut kawat, nasib juga dia tahan lasak.



Pengurus pasukan Sk.Surati yang sudah jadi Football Team.

Bersorak kemenangan dapat naib johan!

Princess Norain and me. Terima kasih pada ibunya yang memberikan kerjasama yang mantop! Aku pun mau tertidur sudah kepanasan. Huhu...

Ha...yang ni pulak pix yang aku kidnap dari facebook Mohd.Fairuz dan Rambo Dusun. Thanks for sharing!








Pix yang ni pula aku dapat dari facebook SK.Surati.
Mohd. Adil Hadri B. Saptu, pemenang pingat emas acara lompat tinggi. Jadi wakil daerah lah bakal menantu aku ni.

Lawa angle ni.


Ketua skuad Sk.Surati, En. Sabastian Cosmas.





 Apapaun, memang enjoy habis walaupun penat gila. Petang tu ingat mau tidur, tau-tau ada pulak lagi kursus PIERS yang sangat membosankan tu...huhu...

0 comments:

Post a Comment