Pasukan bola baling ini terdiri daripada empat pasukan yang mewakili 12 orang pemain bagi setiap satu. Mereka dipilih berdasarkan satu ujian kelayakan yang telah kuadakan sekitar awal bulan Februari yang lalu. Latihan ini tertangguh kerana kebanyakan pemain yang terpilih, terlibat dalam pertandingan bola sepak daerah dan ada pula yang merupakan atlet sekolah. Penangguhan waktu itu menyebabkan aku punya banyak ruang untuk mengkaji lebih lagi mengenai sukan bola baling ini hingga akhirnya wujudlah satu takwim yang telah kugubal berdasarkan kajian tersebut.
Oleh itu, sebagai langkah pertama, aku membuat satu kursus kilat a.k.a taklimat khas mengenai sejarah, peraturan dan tayangan slide mengenai sukan ini. Seorang guru yang berpengalaman telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi slot ini iaitu Encik Mohammad Azmi Bin Awang Ladis dari Sk.Kuala,Papar. Selesai sesi ceramah tersebut, aku membawa pemain-pemain ini ke padang untuk menjalani satu lagi ujian kecergasan kardiovoskular. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kemampuan pemain melakukan beberapa aktiviti fizikal yang berkaitan dengan kemampuan psikomotor mereka.
Sebagai permulaan, pemain melakukan aktiviti warming-up iaitu berlari di padang sebanyak 5 pusingan. Selepas itu mereka melakukan aktiviti regangan agar otot-otot mereka bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Ujian kecergasan ini merangkumi 4 jenis latihan mudah iaitu berlari secara berjogging, membuat larian ketam/sisi (untuk menghadang), melompat dengan cara menaikkan lutut ke paras dada dan berlari sambil menunduk ke tanah (murid aku cakap macam ambil duit atas rumput). Kebanyakan pemain gagal membuat ujian kedua dan keempat. Ada juga yang gagal ujian ketiga terutama mereka yang berbadan agak besar. Hanya 5 orang pemain dari 38 yang hadir yang berjaya melalui kesemua ujian dengan jayanya.
Berdasarkan ujian ini aku sekali lagi akan membuat pemilihan untuk menentukan posisi pemain berdasarkan kemampuan serta kebolehan mereka. Keputusan akan aku umumkan pada hari Isnin nanti selepas perhimpunan sekolah. Apapun, aku masih belum berpuas hati dengan semangat pasukanku yang nampaknya belum menunjukkan kesungguhan untuk bersaing. Mereka nampaknya masih belum dapat mengaitkan kepentingan latihan asas kepada praktikal perlawanan. Bagi mereka, latihan teknik seperti ini hanyalah membuang masa saja. Hmmm....David Beckam pun ambil masa bertahun-tahun untuk berlatih sebelum perlawanan, apakan lagi dorang ni...Aku harap aku dapat mengubah mentaliti ini sebelum minggu kedua latihan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Mohd. Azmi B. Awg.Ladis yang sudi memberikan sepenuh kerjasama bagi menjayakan program ini. Kita pasti bertemu di pertandingan bola baling daerah pada penghujung March nanti!
(iya....laki siapa dong....)
Teacher Zue menjadi pengerusi majlis |
Sesi taklimat teori dan peraturan asas dalam sukan bola baling |
Sebahagian daripada pemain bola baling yang hadir. |
Aktiviti memanaskan badan |
Berlari lima pusingan dalam kumpulan |
Coach Azmi menunjukkan demonstrasi latihan |
Cikgu Azmi memberi penerangan ringkas mengenai sesi ujian |
Ujian kecergasan 3 |
Tidak banyak gambar yang boleh diupload due to the barrier in online management. Karanglah aku try lagi.
0 comments:
Post a Comment