Monday, February 21, 2011 | By: Luna Biru

Danial Ihsan Safwan@Arin

Dia yang tidak pernah berundur.

His name is Danial Ihsan Safwan. Buah cinta kami yang pertama. Nama itu sangat unik ceritanya. Kerana dia adalah cucu pertama abah dari bahagianku, dia berebut-rebut mahu menamakan Mohammad Ihsan. Umi pula mahukan nama Safwan Hidayat. Sementara aku, memilih nama Danial kerana kesukaanku membaca kisah nabi tersebut sedikit waktu sebelum itu. Lalu lahirnya nama itu, gabungan kami bertiga. Tapi kemudiannya kami panggilnya Azrin (Azmi+Riney) sebagai pengabadian namaku dan abang dalam dirinya. Akhirnya nama itu bertukar menjadi lebih ringkas lagi iaitu Arin.


Arin seorang budak yang comel. Dia beruntung lahir sebagai yang pertama; ketika ekonomi, cinta dan perhatian masih kukuh, tertumpu hanya untuknya seorang. Keghairahan dengan tugas baru ini dalam usia yang masih segar menjadikan kami lebih komited, lebih tegas padanya, dan segala-galanya pun lebih. 

Arin membesar sebagai budak yang baik, menurut kata, rajin dan penuh kesungguhan. Dia tidak pernah meninggikan suaranya atau menghentakkan kakinya pun padaku. Sukan dan muzik adalah dunianya. Dia bercita-cita besar, dia mahu jadi segalanya, dan dia tahu tidak pernah malu untuk ke situ. Hanya sayang saja Allah tidak mengurniakan bakat yang banyak untuknya. Tapi aku kagum kesungguhannya. Dia selalu cakap; I will never be a give up crow!

Pencapaian terbaik Arin ialah ketika dia menjadi penari di peringkat kebangsaan Integrasi Nasional 1 Malaysia. Waktu itu, akulah yang bersorak paling kuat, dalam sela air mata terharuku dan kekagumanku padanya. Manakan tidak, kurang sebulan sebelum itu, Arin dilanda musibah ketika mengadakan lawatan sekolah. Dia terjatuh dari pintu kecemasan bas yang sedang bergerak laju. Dia terpelanting keluar dan hampir dilanggar kereta yang berada di belakang bas tersebut. Apa yang menyedihkan waktu kejadian itu berlaku dia dalam keadaan tidur. Wajahnya dan bajunya bermandi darah. Syukurlah dia tidak apa-apa hanya retak di dagu yang mudah sembuh. Namun, dia meneruskan juga perjuangannya begitu dia mula dapat bergerak dengan baik.

Pencapaian Arin juga dapat dilihat dari segi sukan dan permainan. Dia mendapat pujian yang begitu melangit dalam aksinya bermain bola baling dalam pertandingan sukan daerah. Sayang saja sekolah mereka gagal menembusi ke peringkat bahagian. Kecewa Arin dapat aku rasakan. Namun, dia berpegang lagi pada satu prinsip; Learn to accept defeat!

Esok, Arin akan mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam temasya sukan Bola Sepak bawah 15 tahun di SMK.Majakir Papar. Dia beruntung dipilih menjadi wakil sekolah, kerana hanya dua orang wakil dari tingkatan 1 yang dipilih. Sepanjang malam ini dia tidak habis-habisnya mencuba kasut bola dan shin guard yang baru kubelikan tadi. Asyik bergaya depan cermin sampai tidak dapat tidur. Malas sudah aku melayan dan memuji-mujinya. Adik-adiknya pun sudah penat mengaguminya dan sudah pun masuk tidur semua. Tinggal dia masih di ruang tamu membelek-belek kasut barunya. Alahai Arin...

Apapun, mama doakan Arin berjaya memberikan persembahan yang terbaik esok dan seterusnya. Semoga liga kamu menang dan berjaya mengorak langkah yang lebih jauh lagi. Kami tetap di sini, Rin...untukmu...

Arin in his first birthday
Story telling competetion district level
Comelnya kecik-kecik dulu...
Celebrating his 9th birthday
Pingat perak 4X200m

Muka takut mau kena sunat. Hahaha...!

Sempat possing sebelum eksident
Dapat hadiah kena bawa makan di hotel sebab lulus UPSR
Penari peringkat kebangsaan bah ini....

will upload more pix soon!

0 comments:

Post a Comment