Wednesday, February 16, 2011 | By: Luna Biru

Persahabatan

Sejak kecil, akulah rasanya manusia yang paling sikit kawan. Apalagi untuk yang bergelar teman baik. Kalau ada pun, rasanya sekejap saja, lepas tu atas satu alasan yang tidak aku mengerti, mereka akan berlalu pergi dariku. Mungkin sikapku membosankan atau menyakitkan. Aku tak pasti kerana tidak ada post mortem selepas itu. Mereka pergi begitu sahaja, meninggalkan aku dengan tanda tanya yang kubawa sampai sekarang.




Akhirnya aku jadi pemburu sahabat. Akhirnya, untuk pertama kali dalam hidupku, aku telah menemukannya, di usia 13 tahun. Alhamdulillah, persahabatan itu kekal hingga sekarang meskipun kadang-kadang terhantuk jua oleh keadaan. Bermula dari itu, aku juga telah menemukan insan-insan lain yang kugelar sahabat yang  mengisi kehidupanku hingga ke hari ini. 


Susan Saiful
Dia adalah sahabat paling lama yang kekal bersama aku sampai sekarang. Segalanya bermula di usia 13 tahun di sebuah sekolah menengah. Ia adalah satu hubungan yang terjalin tanpa sengaja. Aku bahkan tidak ingat bila kami bermula hingga akhirnya aku jadi ekor paling setia untuknya. 
Aku masih ingat betapa aku begitu antusias dengannya tentang buku, tentang artis, malah tentang apa saja. Dia adalah pendengar paling setia, pemberi yang paling baik dan kaunselor yang paling berkesan. Meski kami sering bertengkar atas alasan yang tidak kuingat sampai sekarang, atau jarang bertemu dan berhubung, tapi dia punya tempat paling istimewa dalam hidupku. 


Ernie Mahmud/Aning
Hmmm...kawanku sorang ni memang gila-gila sikit. Tapi aku tetap sayang dia. Persahabatan bermula di usia 17 tahun, saat aku baru berpindah ke sekolah baru. Orangnya cantik dan ramah. Hatinya baik dan penuh dengan kasih sayang yang bercurah-curah. Seingatku, kami tidak pernah bertengkar kerana memang tidak ada apa-apa untuk ditengkarkan dengan orang selugu dan selurus dia. Aku selalu berdoa kebahagiaannya. Semoga dia cepat-cepat menemukan sebuah pelabuhan untuk dia terus kekal bermastautin dari pencariannya selamanya ini. 


Melati Atie
Inilah saja gambar terbaik yang dapat ku upload dari FB Atie. Kawanku yang sorang ni memang agak unik sikit. Jiwanya halus dan sensitif. Dia cukup peka pada keperluanku, perasaanku dan paling penting, hanya dia yang berbahasa seperti aku. Hampir 19 tahun terpisah, akhirnya di FB jua kami bertemu. Itupun, dia yang dapat cari aku dulu. Thanks Atie! Nampaknya, Atie pun dah jadi penulis sekarang. Hihi...dun wory Tie, aku jadi pembaca cerpen kau yang dah patut jadi novel tu. 




Haslijah Yunus
Inilah kawan pertama aku sejak bergelar guru. Aku banyak belajar dari dia; tentang semangatnya, prinsipnya dan ketabahannya. Dialah orang yang paling banyak membantu aku waktu susah dan rela menanggung kesusahanku tanpa meminta satu balasan pun. Sungguhpun persahabatan itu pernah hampir musnah, namun syukurlah, kini ia belajar bertatih kembali. Sungguhpun telah berpisah tempat kerja, namun kami masih berhubung baik meskipun tidak lagi dapat kukongsi kesedihanku dengannya. 


Noraini Haji Yusof@Noy
Aku mula kenal Noy sejak di Maktab lagi. Tapi betul-betul tak sangka bahawa setelah bertahun-tahun, kami akan akrab di Sk.Surati ini. Noy boleh kusinonimkan seperti teh cair yang selalu diminumnya. Dia baik, tenang tapi penuh semangat. Dialah seorang sahabat yang tidak pernah menuntut apa-apa kecuali sebuah ketenangan. 


Hmmm...ada seorang lagi sahabatku yang tidak dapat ku upload gambarnya. Due to some reasons, dia sudah delete kan semua pix peribadinya di FB nya. Bahkan FB nya tu pun sudah tidak aktif lagi. May be she has good reasons for that. So, untuk menghormati caranya, aku pun tak dapatlah sebutkan namanya di sini. Mungkin private betul. 


Apapun ia, meskipun banyak quote berkisar tentang sahabat, aku tak dapat mencari satupun yang terbaik untuk kuungkapkan tentang nilai sahabat. Aku cuba meminjam makna sahabat dari mana-mana quote tapi tiada yang dapat menyamai nilainya di mata hatiku.


Namun bagiku, persahabatan itu sangat bermakna, paling bernilai dan paling aku hargai. Ia adalah sebuah perkongsian jiwa, minda dan rasa, meskipun seleranya jauh berbeza. Amatlah sukar untuk kita mengakui bahawa kita menyayangi seseorang, apalagi menyatakannya. Ia hanya dapat dilafazkan lewat rasa prihatin dan telinga yang sudi mendengar tanpa bosan, juga jiwa yang tulus untuk menerima. 


 Aku sangat cuba menjaganya namun kadang-kadang kita terpaksa jua akur oleh desakan waktu dan ego hingga menjadikan nilainya sedikit goyah untuk sekian waktu. Mungkin aku bukanlah sahabat yang baik, malah sering melakukan hal-hal yang menyakitkan, menimbulkan prasangka dan cemburu atau malah dendam yang panjang. Tapi aku bersyukur, aku punya sahabat-sahabat sehebat kamu, yang selalu mengingatkan aku, menguatkan aku dan menyabarkan aku. 


Terima kasih. 


Mungkin inilah saja quote yang terbaik yang dapat kukongsikan di sini.



4 comments:

Connie said...

i'm still here and always be with you if u need me...may our friendship will last longer and forever...and i know u'r strong enough to face all the tests that've been given to u...just do whatever u have to do and ignore all the 'rubbish talking'...they didn't know who u really are and what u have been through...and for your 'Ade'...May Allah bless him always...AMIN

Luna Biru said...

Thanks babe. Friendship is remain.

kenzoflower said...

Love you always and forever..LOL, terima kasih de kerana menerima ku seadanya walaupun ada gila siiiiiikiiit! hahaha nanti lain kali, kita cuba try buat post mortem ah! ;)

Luna Biru said...

hihihi...aku sayang ko ba...

Post a Comment