Thursday, February 17, 2011 | By: Luna Biru

Happy Anniversary 39th-delayed entry

Cinta itu Anugerah


Pada 13 February lalu tu, genaplah usia perkahwinan Umi dan Abah yang ke-39 tahun. Macam biasa, mesti aku lupa. Bukan aku lupa tarikh tu, tapi aku terlupa betapa pentingnya tarikh itu untuk mereka. Aku jarang jadi orang pertama yang mengucapkannya dan rasanya paling jarang belikan kek, atau buat suprise party untuk mereka. Kesian abah beli kek untuk diri sendiri. Tapi biasanya, Alonglah yang sponsor. 



Kelupaan ini, mungkin juga disebabkan kami, aku dan abang tidak pernah meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Biasanya kami dua-dua lupa,hinggalah ada salah seorang dari kami yang teringatkannya. Dan kebiasaannya lagi, kalau kami ingat pun, kami cuma ucapkan selamat saja, pas tu buat hal masing-masing. Bukan kerana tarikh tu tidak istimewa tapi entahlah atas sebab apa, aku pun tak pasti. Yang pastinya, kedua-dua kami merelakan excuse terlupa itu dengan ikhlas. Mungkin juga kerana kami melalui hari-hari yang istimewa itu setiap hari. Tidak perlu ada tarikh khusus. Kami meraikannya sepanjang masa bergantung pada cuaca hati, masa dan poket. 


Apapun, semoga Umi dan Abah kekal dalam Ras-AnugerahNya. Cintu itu sesuatu yang kompleks sifatnya, dan kasih sayang itu sesuatu yang kekal. Sungguhpun belum terlihat keserasian mereka walaupun usia sudah menjenguk jauh, namun aku yakin, kasih sayang itulah sebenarnya yang mendekatkan mereka. Aku kagum bila abah tidak akan lalu makan kalau bukan Umi yang masak. Itu tandanya dia benar-benar menghargai masakan Umi dan menyintai kelazatan orang yang membuatnya walaupun cuma sekadar ikan masin. Aku kagum bila Umi akan sentiasa menunggu abah untuk membuat setiap keputusan sedangkan dia tahu abah akan merestuinya. Itu tandanya dia sangat menghormati abah sebagai ketua keluarga. Tapi sayang, keduanya tidak sedar akan hakikat itu. Umi selalu merungut penat urus makan abah sedang abah pula selalu marah bila Umi bertanya-tanya dia soalan yang boleh Umi jawab sendiri.


Hmmm....itu pasal dorang. Pasal perkahwinan aku? 


Sekitar majlis kecil meraikan ulang tahun perkahwinan. Semoga panjang umur dorang tahun depan. Kali ni, aku mau buat gempak pasal yang ke-40. Semoga waktu tu aku tak lupa lagi. Amin...











0 comments:

Post a Comment