Thursday, February 24, 2011 | By: Luna Biru

Jangan ganggu ekosistemku

Kadang-kadang, boleh juga kita terkhilaf oleh hal-hal yang kecil, setelah hal-hal yang besar kita mampu tangani. Kadang-kadang, besar atau kecil sesuatu perkara itu bukan ukuran untuk kita hilang arah; tetapi bergantung juga pada mood kita pada waktu itu. Sesuatu hal yang datang di saat kita benar-benar terdesak oleh tekanan boleh membuat kita hilang upaya untuk sabar. Macam pepatahnya; They did the wrong thing at the wrong time. Lebih-lebih lagi bila kita sudah berusaha untuk menyenangkan hati semua pihak, berlakon demi kebaikan semua orang; namun at the end...tiada pun yang peduli soal kebajikan kita sendiri.

Aku bukanlah baik sangat pun. Bukan juga manusia yang tidak tahu melawan. Aku berusaha untuk tidak menjadi pembantah bukan kerana aku seorang pengecut. Tapi kerana aku sedar, tahap kemarahanku boleh menjadi membabi-buta. Selalu orang berkata padaku bahawa aku terlalu berlembut, makan dalam, mudah dipijak hingga ramai yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan yang mereka nampak. Tapi hakikatnya, aku hanya cuba sembunyikan the real me...aku cuba buang jauh-jauh aku yang panas baran, mudah melatah dan nekad bertindak.

Tapi mungkin cara aku salah, macam Along selalu cakap. Aku tidak boleh terlalu memendam hingga akhirnya aku tidak mampu lagi dan mula bertindak. Tindakanku pula selalunya lebih bersifat peribadi hingga boleh merosakkan perasaan orang sampai bila-bila. Mungkin mulai hari ini, aku kena berubah. Tidak perlulah hipokrit sangat, perlu tegas sedikit sepertimana aku bertegas pada murid-muridku. Sekurang-kurangnya orang tidak akan tersalah tafsir dengan keayuan dan kelembutan aku ni. And this battle is just begun, setelah aku melalui satu fasa yang begitu sukar, namun tiada yang mahu memaklumi ketidakberdayaanku. Mereka ini, sudah melanggari border yang aku tetapkan. Benar-benar sudah memijak kepalaku dan mengganggu ekosistem hidupku.

Untuk itu, biarkanlah aku jadi diriku lagi, setelah mereka tidak mampu berhipokrit untuk aku...Welcome back, ADE!

Tapi aku ingat abah pesan; ular menyusur denai, bisanya takkan hilang...

0 comments:

Post a Comment