Sedar tak sedar akhirnya, tiba jugalah tarikh ini untuk aku memulakan latihan pertama skuad bola baling Sk.Surati. Sama ada aku sudah bersedia atau tidak. terpaksa jugalah aku bolos saja dinding itu. Sebenarnya, aku sendiri pun belum ada pengalaman untuk melatih apa-apa pun pasukan untuk mewakili sekolah sepanjang 11 tahun usiaku menjadi guru ini. Jadi, wajarlah untuk aku merasa sedikit gentar menghadapi situasi ini.Lebih-le bih bila aku terpaksa handle 48 orang peserta dalam satu masa.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
GELANGGANG BOLA BALING
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1
1. GELANGGANG PERMAINAN
1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 m lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line).Jangan ganggu ekosistemku
Kadang-kadang, boleh juga kita terkhilaf oleh hal-hal yang kecil, setelah hal-hal yang besar kita mampu tangani. Kadang-kadang, besar atau kecil sesuatu perkara itu bukan ukuran untuk kita hilang arah; tetapi bergantung juga pada mood kita pada waktu itu. Sesuatu hal yang datang di saat kita benar-benar terdesak oleh tekanan boleh membuat kita hilang upaya untuk sabar. Macam pepatahnya; They did the wrong thing at the wrong time. Lebih-lebih lagi bila kita sudah berusaha untuk menyenangkan hati semua pihak, berlakon demi kebaikan semua orang; namun at the end...tiada pun yang peduli soal kebajikan kita sendiri.
MSS ZON PEKAN KALI KE-39 2011-FINAL DAY
Berakhirlah sudah temasya MSS Zon Pekan kali ke-39 tahun ini. Meski hanya menyandang 1 pingat emas menerusi acara lompat tinggi, namun aku cukup berbangga kerana team kawatku dinobatkan sebagai naib juara. Johan disandang oleh SK. Buang Sayang dengan kelebihan 5 mata.
Aku cukup berbangga dengan pencapaian skuad kontinjen kawat SK.Surati pada hari ini. Tidak sia-sia usahaku dan Fairuz yang bertungkus-lumus selama 2 minggu ini melatih mereka (juga dibantu oleh Mr.Codffrey last2 minute). Padahal, hingga ke hari terakhir latihan pun mereka belum sebaik ini. Tapi alangkah mengejutkan apabila sampai pada harinya, mereka memperlihatkan satu komitment yang begitu memberansangkan. Aku tidak kisah sangat sama ada mendapat tempat atau tidak. Yang paling penting bagi aku ialah kesungguhan mereka pada hari ini adalah sudah melebihi daripada apa yang aku jangkakan.
MSS Zon Pekan 2011
Akhirnya petang tadi dapat juga aku hadir ke temasya MSS Zon Pekan di Sk. Pantai Manis. Nasib baik juga sempat tengok Anis lari. Tapi sayang dia tidak lepas saringan 100meter. Namun dia tetap mewakili sekolah esok ke acara 4X100m dan 4X200m perempuan akhir. Harap Anis dapatlah sebarang pingat. Sakit pula hatiku tengok cara dia berlari tadi, seolah-olah dia tidak praktikkan sama sekali apa yang telah diajarkan padanya. Lari pun pakai tracksuit dan berkaki ayam. Hi...sakit hati betul!
Stuck in between
Hari ni merupakan persiapan terakhir kontinjen kawat menjelang MSS Zon Pekan yang akan diadakan esok. Sukan ini bermula hari ini bagi acara balapan. Aku teringin sekali pergi dan memberikan sokongan moral untuk Anis. Tapi apa kan daya, aku stuck di sini dengan tugasku. Kalaulah boleh aku escape sekejap dan tengok dia. Aku harap dia lepas saringan awal supaya aku dapat melihat dia beraksi besok.
Dalam masa yang sama, aku teruskan juga mengajar dan masuk kelas walaupun dalam keadaan yang begitu memeritkan. Aku bersumpah tidak akan melatih kawat lagi tahun depan. Berilah tugas ini kepada mereka yang mempunyai masa yang sedikit dan juga yang suka mengkritik. Biar mereka tahu betapa peritnya melatih kawat dan sekaligus mengajar dalam waktu yang sama.
Danial Ihsan Safwan@Arin
Dia yang tidak pernah berundur.
His name is Danial Ihsan Safwan. Buah cinta kami yang pertama. Nama itu sangat unik ceritanya. Kerana dia adalah cucu pertama abah dari bahagianku, dia berebut-rebut mahu menamakan Mohammad Ihsan. Umi pula mahukan nama Safwan Hidayat. Sementara aku, memilih nama Danial kerana kesukaanku membaca kisah nabi tersebut sedikit waktu sebelum itu. Lalu lahirnya nama itu, gabungan kami bertiga. Tapi kemudiannya kami panggilnya Azrin (Azmi+Riney) sebagai pengabadian namaku dan abang dalam dirinya. Akhirnya nama itu bertukar menjadi lebih ringkas lagi iaitu Arin.
Jangan Membangkit Pemberian
Tangan kanan memberi, tangan kiri jangan tahu.
Kami hanya lahir sebagai dua beradik; Along dan aku. Jarak usia antara kami sekitar 5 tahun. Ketidakmampuan Umi dan Abah memiliki anak yang ramai menyebabkan mereka akhirnya nekad untuk mengambil anak angkat.
Lalu, pada tahun 1984, rezeki itu datang menjenguk terus ke pintu rumah, memaklumkan mereka bahawa doa mereka telah sampai ke langit. Seorang wanita bugis tampil menghulurkan seorang bayi kecil berusiia 3 bulan. Aku masih ingat betapa kecilnya bayi itu dalam pelukanku. Kulitnya hitam manis, matanya besar, tubuhnya kurus dan suaranya melengking tajam bila menangis. Tapi aku sangat sukakannya. Aku sanggup berhenti bermain demi menjaganya.Terisi hidupku yang sepi selama ini.
Jangan Bertindak Bagi Pihak Orang Lain
MATANGLAH MENERIMA ADUAN
Kita sering berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan akal cerdik kita dalam kehidupan sehari-hari. Situasi-situasi seperti ini seringnya melemaskan kita dan memerlukan lebih kewarasan dan kematangan kita untuk bertindak dengan lebih rasional.
Aku sedang bercakap tentang sikap seorang pengadu. Bukan pengadu domba, tetapi pengadu yang sering mengadukan kesedihan, kekesalan dan kemarahannya pada orang-orang di sekelilingnya. Setiap hari, si pengadu ini akan membuat komplen tentang apa saja di sekitarnya. Dia mempunyai banyak alasan untuk dirungutkan. Si ibu mengadu pada anaknya tentang sikap anaknya yang lain, si kakak mengadu pada adik tentang adik-beradik yang lain, ibu mertua mengadu pasal menantunya, menantu pula mengadu pasal mertuanya, kawan sendiri komplen kawan yang lain, malah ketua jabatan pula mengadu pasal anak buahnya kepada staffnya sendiri.
TO THE SELFISH YOU...
PRINSIP? ATAU HELAH BELA DIRI?
Aku selalu kagum pada orang yang begitu mudahnya men’describe’kan dirinya untuk menerangkan prinsip dirinya dan kesikapannya. Orang-orang macam ni, biasanya begitu yakin menuturkannya sehingga buat aku jadi cemburu. Soalnya, aku dah bertahun-tahun cuba mencari suatu ayat mudah untuk membuat deskripsi itu, tapi sampai sekarang, aku belum temukan yang terbaik.
Happy Anniversary 39th-delayed entry
Cinta itu Anugerah
Pada 13 February lalu tu, genaplah usia perkahwinan Umi dan Abah yang ke-39 tahun. Macam biasa, mesti aku lupa. Bukan aku lupa tarikh tu, tapi aku terlupa betapa pentingnya tarikh itu untuk mereka. Aku jarang jadi orang pertama yang mengucapkannya dan rasanya paling jarang belikan kek, atau buat suprise party untuk mereka. Kesian abah beli kek untuk diri sendiri. Tapi biasanya, Alonglah yang sponsor.
Pada 13 February lalu tu, genaplah usia perkahwinan Umi dan Abah yang ke-39 tahun. Macam biasa, mesti aku lupa. Bukan aku lupa tarikh tu, tapi aku terlupa betapa pentingnya tarikh itu untuk mereka. Aku jarang jadi orang pertama yang mengucapkannya dan rasanya paling jarang belikan kek, atau buat suprise party untuk mereka. Kesian abah beli kek untuk diri sendiri. Tapi biasanya, Alonglah yang sponsor.
Ade Hairunee Zulkarnain
Ade, kupinjamkan kau namaku, pinjamkan aku kekuatanmu.
Semalam Ade muntah-muntah lagi dan akhirnya, pagi ni aku bawa lagi dia ke hospital. Macam biasa, kena dripping 2 botol. Kali ni, dos kena tambah 1 botol dengan ubat penisilin. Jawapan keputusan darah masih sama; iaitu jangkitan kuman. What kind of kuman, tidak pernah pula diterangkan. Sejauh mana kuman itu akan merosakkan sel-sel Ade pun, tidak pernah dorang kongsikan dengan parents yang lebih berhak tahu. Mungkin dorang rasa orang-orang yang tidak ber’jurgon’ macam dorang ni tak layak untuk tahu details mengenai sesuatu penyakit. Cukup sekadar untuk tahu yang basic saja. Macamlah kita ni bodoh sangat.
Semalam Ade muntah-muntah lagi dan akhirnya, pagi ni aku bawa lagi dia ke hospital. Macam biasa, kena dripping 2 botol. Kali ni, dos kena tambah 1 botol dengan ubat penisilin. Jawapan keputusan darah masih sama; iaitu jangkitan kuman. What kind of kuman, tidak pernah pula diterangkan. Sejauh mana kuman itu akan merosakkan sel-sel Ade pun, tidak pernah dorang kongsikan dengan parents yang lebih berhak tahu. Mungkin dorang rasa orang-orang yang tidak ber’jurgon’ macam dorang ni tak layak untuk tahu details mengenai sesuatu penyakit. Cukup sekadar untuk tahu yang basic saja. Macamlah kita ni bodoh sangat.
Persahabatan
Sejak kecil, akulah rasanya manusia yang paling sikit kawan. Apalagi untuk yang bergelar teman baik. Kalau ada pun, rasanya sekejap saja, lepas tu atas satu alasan yang tidak aku mengerti, mereka akan berlalu pergi dariku. Mungkin sikapku membosankan atau menyakitkan. Aku tak pasti kerana tidak ada post mortem selepas itu. Mereka pergi begitu sahaja, meninggalkan aku dengan tanda tanya yang kubawa sampai sekarang.
Lepaskanlah
Kalau kau sudah penat
Lepaskanlah.
Tak perlu bersusah
Memaksa dirimu
Untuk menghanguskanku.
Nanti kau akan tersiksa sendiri
Terpanggang marahmu.
Sedang aku, tidak apa-apa
Hanya melihat
Bila kau akan berhenti
Bermain api.
Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar, Papar (SKPB)
MAJLIS ANUGERAH JASAMU DIKENANG ANJURAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN
PENGALAT BESAR,PAPAR (SKPB)
Aku & SKPB
Ketika majlis perpisahan di SKPB tahun 2010 |
Petang kelmarin aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang staff yang bertugas di SKPB. Beliau, iaitu Encik David Lupi, sebagai wakil sekolah dan pihak PIBG menjemput aku untuk menghadiri Majlis Anugerah Jasamu Dikenang pada keesokan harinya bertempat di SKPB. Jemputan ini amat memeranjatkan memandangkan majlis perpisahan untuk ku di sekolah itu telah pun diadakan seawal Januari tahun lepas. Lagipula, malu juga rasanya untuk menerima penghargaan seperti ini kerana usia perkhidmatanku di sekolah tersebut hanyalah setahun iaitu sepanjang tahun 2009. Namun Encik David Lupi menegaskan bahawa majlis ini bukanlah merupakan majlis perpisahan melainkan sebuah majlis meraikan bekas-bekas guru yang pernah berkhidmat di SKPB selama ini. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat seramai 12 orang guru termasuk aku yang diraikan dalam majlis tersebut.
Bagi memenuhi undangan tersebut, aku pun berangkat ke SKPB pada jam 9.00 pagi memandangkan majlis bermula pada jam 9.30 pagi. Namun majlis bermula agak awal kerana jemputan VIP yang seharusnya datang pada jam 9.45 datang lebih awal dari masa yang ditetapkan. Antara jemputan VIP yang dijemput adalah Encik Daud Alam, selaku pengerusi PIBG SKPB, Encik Ikhbal Khan Bin Ismail, wakil PPD Papar serta beberapa dif kehormat yang lain. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Ghulam Haidar Khan Bin Bahadar Khan, ADUN Kawang.
Tentatif majlis disusun dengan begitu kemas dan berjalan lancar mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Suka untukku katakan di sini bahawa inilah majlis rasmi yang paling menyenangkan yang pernah ku hadiri. Setting tempat, sungguhpun hanya di dalam kelas, diatur sebegitu kemas sekali seolah-olah kita berada dalam majlis makan malam rasmi di hotel-hotel mewah. Meja-maja makan disusun mengikut kumpulan. Makanan ringan dihidangkan sementara mendengar ucapan dari pihak VIP. Makanan tengahari pula dihidangkan begitu majlis selesai. Ia mencetuskan rasa santai yang amat selesa. Encik Daud Alam mengatakan bahawa majlis itu sengaja dijalankan di sekolah memandangkan kekangan bajet agak terhad. Namun, kesungguhan pihak sekolah dan PIBG untuk menimbulkan suasana korporat sepanjang majlis tersebut adalah satu hal yang patut diberikan pujian. Secara peribadi, majlis ini adalah amat berharga sekali padaku berbanding dengan mana-mana majlis rasmi yang pernah kuhadiri selama ini yang diadakan di hotel-hotel mewah. Syabas diucapkan kepada pihak sekolah dan PIBG atas usaha yang mantap ini. Tidak hairanlah sekolah ini banyak menghasilkan sumber manusia yang cemerlang hasil gandingan padu yang terjalin sekian lama.
Anugerah Penghargaan buat Encik Blen Asik.
Sebuah anugerah telah diberikan kepada seorang guru yang berkhidmat di sekolah ini iaitu Encik Blen. Beliau telah bertugas selama hampir 15 tahun di sekolah ini. Encik Blen merupakan seorang guru yang kurang upaya kerana memiliki kerabunan mata yang agak kronik. Masih kuingat dulu, beliau bertatih menaiki tangga menuju ke kelas dan hanya berpaut pada tiang dan dinding-dinding kelas untuk berjalan. Menurut cerita dari rakan sekerja, beliau tiba-tiba diserang penyakit misteri hingga matanya menjadi rabun sungguhpun pada mulanya beliau adalah manusia normal. Namun, ketidakupayaannya untuk melihat tidak pernah menghalangnya untuk terus berkhidmat mendidik anak bangsa.
Ketika profil beliau dibacakan sebelum anugerah diserahkan, air mataku hampir menitis dalam keharuan. Sungguh, Allah maha adil. Dalam ketidaksempurnaan yang diberikanNya pada Encik Blen, Dia juga telah memberikan satu kekuatan dan kelebihan yang menjadikannya begitu istimewa berbanding guru-guru lain, termasuk aku. Menurut profail tersebut, Encik Blen telah membawa beberapa orang pelajar SKPB dalam pertandingan tarian dan sukan pingpong hingga bertaraf Asia. Tidak ramai guru yang mempunyai kemampuan sehebat ini. Aku beri tabik hormatku padanya.
Puan Norainah Hj. Pg. Ag. Jaafar
Sungguh tidak kusangka bahawa aku akan menemukan cikguku ini di sekolah ini. Kali terakhir aku berjumpa dengan Puan Norainah ialah ketika aku berusia 17 tahun di SJS, Papar. Ketika itu beliau baru ditugaskan di sekolah tersebut setelah mendapat KPLI di Maktab Perguruan Gaya,Kota KInabalu. Beliau menggantikan Cikgu Rose, iaitu guru Bahasa Malaysia kami yang menyambung pelajaran ke United Kingdom. Kehadirannya adalah di saat-saat akhir sebelum kami menduduki peperiksaan SPM.
Kegilaanku pada matapelajaran BM dan sastera ketika itu membuat aku agak kecewa kehilangan Cikgu Rose yang begitu aku kagumi.
Ku kira, Cikgu Norainah merupakan guru paling sopan dan lembut yang pernah masuk ke kelas kami 5B Sastera ketika itu. Kelas kami memang agak terkenal dengan masalah disiplin yang agak teruk. Maka, keberadaannya di kelas itu dengan penampilannya yang penuh keibuan itu seakan tidak mampu menarik perhatian pelajar bermasalah seperti kami. Aku akui ketika itu juga aku tidak banyak memberi tumpuan kepadanya. Pernah sekali beliau menegurku yang asyik bercerita ketika sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan.
Satu hal yang paling aku ingat ketika beliau sudah diambang pasrah pada kami ialah, mengenai kepertian hidupnya sepanjang tempoh belajar dahulu. Kesempitan wang menjadikan beliau tidak mampu bergaya dan memiliki barang sehebat orang lain. Menurutnya lagi, beliau baru dapat menikmati kemampuan berbelanja setelah bekerja. Dia menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapan kerana kegagalan hanya akan membuat hidup kita sengsara. Ceritanya itu kusimpan begitu sahaja, namun masih belum membuatku mahu berubah.
Namun satu hal telah terjadi yang mengubah persepsiku kepada seorang guru penuh santun ini untuk sepanjang hayatku. Ketika itu, peperiksaan percubaan SPM dijalankan. Aku dengan yakin menjawab semua soalan yang diberikan termasuklah untuk soalan kertas BM. Ketika keputusan diumumkan, alangkah terperanjatnya aku mendapati bahawa aku telah gagal dalam peperiksaan percubaan tersebut. Apa yang memeranjatkan lagi ialah aku mendapat F9 untuk kertas BM. Aku terus berjumpa dengan Cikgu Norainah dan bertanya mengenai hal tersebut. Cikgu Norainah menjelaskan bahawa aku tidak menulis nombor soalan pada kertas karangan, yang sememangnya menyalahi konsep peperiksaan. Dengan suara lembutnya dia menjelaskan lagi bahawa, apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk memberi pengajaran dan ingatan kepadaku supaya aku tidak leka pada peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Dia juga mengatakan bahawa suatu hari nanti, aku akan berterima kasih padanya sungguhpun pada waktu ini aku merasa begitu marah padanya. Dia memuji hasil kerjaku, namun katanya lagi, semua itu tidak akan ada gunanya kerana pegawai pemeriksa kertas soalan tidak akan menyemak kertasku tanpa nombor soalan.
Sungguh, kegagalan itu hampir meranapkan kepercayaan ku bahawa akulah yang terbaik. Jauh di sudut hati, aku merasa marah padanya yang kurasa bertindak kurang adil dan tanpa budi bicara. Namun kegagalan itu juga menjadikan aku lebih menumpukan perhatianku pada matapelajaran lain. Aku mula membuang semua sifat burukku, mengurangkan lepak, bahkan meninggalkan teman lelaki ketika itu, hanya semata-mata aku ingin memberi lebih tumpuan pada pelajaran. Aku sudah merasa sakitnya gagal, dan aku tidak mahu menerima kegagalan ini pada peperiksaan SPM nanti. Pada Cikgu Noarainah, aku berjanji dalam hatiku, bahawa dialah orang pertama yang akan kutunjukkan keputusan SPM ku nanti.
Alhamdulillah, ketika keputusan SPM dikeluarkan, aku mendapat pangkat 1 dengan aggregat 20. Paling menggembirakan adalah apabila aku menjadi satu-satunya pelajar di sekolah itu yang mendapat keputusan A1 dalam Bahasa Melayu. Begitu gembiranya aku waktu itu, hingga aku lupa akan janjiku untuk menunjukkan keputusan itu pada Cikgu Norainah. Aku masih ingat waktu itu aku berlari ke warung makan dekat panggung, tempat abah mencari rezeki untuk menghadiahkannya slip keputusan peperiksaanku. Aku tidak lupa, itulah kali pertama abah memeluk aku, menangisi kejayaanku dan memberitahu pada semua orang di warung bahawa aku adalah anaknya. Anaknya yang nakal dan selalu buat hal, ternyata kini berdiri di hadapannya dan membuatnya tersenyum bangga.
Persoalannya, aku masih lupa sampai sekarang sama ada aku ada berjumpa dengannya atau tidak untuk mengucapkan terima kasih padanya. Namun, nama dan wajah kecil molek milik Cikgu Norainah itu kusimpan baik-baik dalam hatiku. Benar, kalau bukan kerana dia, aku tidak akan berada di tempat ini. Sungguhpun aku tidak dapat mencapai cita-citaku untuk menjadi penulis kesusteraan melayu, namun tugas kami masih sama; iaitu mendidik anak bangsa demi negara tercinta.
Kepada Cikgu Noraina, dengan rasa rendah hati dan penuh ikhlas, saya ingin mengucapkan sejumlah rasa terima kasih pada cikgu. Mungkin cikgu tidak sedar betapa besarnya impak yang cikgu telah berikan dalam kehidupan seorang Zubaidah Ramley. Mungkin cikgu tidak tahu, bahawa di balik kejayaan saya hari ini, adalah berasaskan kepada keputusan cikgu yang dulunya saya anggap kurang adil. Mungkin juga cikgu tidak tahu, betapa berkesannya kaedah yang cikgu gunakan dalam masa yang singkat itu untuk mengubah saya, seorang pelajar yang pernah hampir mencicirkan masa depannya. Semoga Allah berikan segala yang terbaik untuk cikgu sekeluarga. Semoga juga cikgu dapat menghasilkan lebih ramai sumber manusia seperti saya. Semoga juga saya dapat menjadi setabah cikgu, semanis cikgu. Amin...
YB Datuk Haji Ghulam Haidar@Yusof Bin Khan Bahadar
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan merangkap ADUN Kawang
Inilah kali pertama aku bertentang mata secara langsung dengan YB Datuk Haji Ghulam. Orangnya ramah dan tampan. Mulanya aku agak segan untuk berjumpa dengannya apatah lagi dengan niat untuk meminta derma. Lebih-lebih lagi beliau bukanlah wakil yang menaungi kawasan Pekan. Namun, mengingatkan projek Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) SK. Surati yang begitu lama tertangguh, akhirnya aku memberanikan diri. Sungguh mengujakan apabila beliau ternyata menyahut permintaanku dengan ramah dan mesra. Tanpa surat rasmi dan protokol, beliau dengan murah hati mendermakan wang peribadinya sebanyak RM400 untuk keperluan projek sekolahku.
Semoga sumbangan ini mampu menjadikan projek SERASI di sekolahku menjadi satu penanda aras untuk sekolah rendah daerah Papar. Sejumlah penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada YB Datuk dari kami warga SK. Surati atas sumbangan ini. Semoga budi yang yang YB Datuk taburkan menjadi benih yang kian bercambah setiap hari. Amin...
Sekitar majlis...
Kenangan bersama bekas warga SKPB |
Inilah hadiah yang aku terima! |
Memang best majlis ni! |
Akhirnya, dapat juga aku bergambar di sini... |
Atiek...Rinduku dalam Pelangi..
Atiek...Intrologi sebuah Kerinduan...
Atiek...Duduk paling kiri, depan aku. |
Arwah nenek selalu cakap dulu; kalau tiba-tiba kita ingat seseorang atau tetiba rindukannya, itu bermakna, dia pun sedang rindukan kita. Seru namanya di muka pintu sehabis solat Subuh, percayalah, kamu pasti akan bertemu dengannya walau dengan apapun caranya.
Pantai Manis, Masih Manis
Pantai Manis 1984
Aku masih ingat kecik-kecik dulu, kalau balik Papar (dulu kami di Labuan), mesti singgah berkelah di Pantai Manis, Papar. Tak sah percutian tanpa singgah ke sana. Awal-awal pagi lagi arwah nenek dan umi akan bangun menyediakan makanan masak dan bahan-bahan mentah untuk dibawa ke sana. Abah pula sibuk dengan peralatan memancingnya dan menyediakan pelampung. Riuh-rendah rumah dengan suara arwah nenek menyuruh kami cepat bersiap. Katanya, bagus kalau ke pantai awal pagi, anginnya segar dan menyihatkan.
Kami pula dua beradik dengan Along, masing-masing sibuk mencuba baju mandi dan menyiapkan pakaian ke dalam beg. Aku ingat lagi waktu tu aku menangis tak mahu pakai baju mandiku yang berwarna merah jambu, yang abah belikan di Singapore.
KURSUS BUN ASAS MANIS
BUN ASAS MANIS
Tarikh 1.1. 2011 adalah tarikh bersejarah dalam hidup aku sebab untuk pertama kalinya, aku berjaya membuat Kursus Bun Asas. Mulanya, ragu-ragu juga nak buat,tapi atas desakan Alongku, aku beranikan diri. Maklumlah, aku ni mana ada kursus bertauliah pun. Main pandai-pandai sendiri saja dan hasil eksperimentasi pengalaman orang-orang di sekitarku, terutamanya Umi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
February
(18)
- Latihan pertama skuad Bola Baling Sk.Surati
- GELANGGANG BOLA BALING
- Jangan ganggu ekosistemku
- MSS ZON PEKAN KALI KE-39 2011-FINAL DAY
- MSS Zon Pekan 2011
- Stuck in between
- Danial Ihsan Safwan@Arin
- Jangan Membangkit Pemberian
- Jangan Bertindak Bagi Pihak Orang Lain
- TO THE SELFISH YOU...
- Happy Anniversary 39th-delayed entry
- Ade Hairunee Zulkarnain
- Persahabatan
- Lepaskanlah
- Sekolah Kebangsaan Pengalat Besar, Papar (SKPB)
- Atiek...Rinduku dalam Pelangi..
- Pantai Manis, Masih Manis
- KURSUS BUN ASAS MANIS
-
▼
February
(18)