Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Pulau Tanjung Aru, Sandakan

Ade si anak bandar alah pada bau ikan di jeti berdekatan dengan pasar ikan. 
25 Dis 2011 (Ahad)
Hari ke 11


Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga kukotakan janjiku untuk sampai ke Tanjung Aru. Syukur Alhamdulillah, cuaca hari ini baik meski agak mendung. Laut pun tidak bergelora dan seakan merestui niat baikku untuk mengota sebuah janji.


Aku sudah lama tak jumpa Kak Ani sebenarnya, sekitar 20 tahun. Kali terakhir kami jumpa waktu Kak Ani kahwin dulu dan waktu tu aku baru tingkatan dua. Lepas dari hari tu, aku langsung tak pernah ada apa-apa hubungan maya langsung dengan Kak Ani. Apa yang aku ingat tentang Kak Ani ialah sifat keibuan dan kelembutannya yang terserlah dari dulu. Err...agak-agak Kak Ani kenalkah dengan aku lagi eh?



Ayu anak Mak Meng dan Umi ku

















Ni kesan ribut semalam dan fenomena ombak besar. Bukan ombak rindu tau!
Itu pulau berhala.













Terima kasih buat Kak Ani sekeluarga yang bersusah payah memasakkan kami hidangan yang begitu menggiurkan sekali. Sambal udang kering dan sambal belacan Kak Ani memang sesungguhnya sedap sampai aku tak berani mau tengok perut sendiri lepas makan. Sejak datang sini, berat badan aku sudah cecah 5kg dan sekarang aku sudah 60kg oooo.....! Kejam sungguh makanan ini menggemukkan orang,kan? 

Aku pasti rindu mahu ke sini lagi. Aku cuma berharap kalau aku datang nanti, pantai Tanjung Aru yang luas dan cantik itu tidak lagi dilanda ribut yang membawa segala muntahan laut. 

Kami terus balik ke Lahad Datu petang itu tanpa dapat singgah kemana-mana destinasi meskipun cuma ke War Memorial yang berdekatan dengan bandar. Cuaca mula mendung balik dan kami tak mahu tersangkut sampai malam di highway Sandakan-Lahad Datu yang abang belum berapa biasa. Kami singgah makan jap di Kota Kinabatangan yang ada jambatan yang cantik. Sayang aku tak sempat mau ambil. Boleh sesiapa ambilkan gambarnya untuk aku tak? 

These pictures was taken in Kinabatangan. Restoran Alif punya roti canai sedap oooo.....






1 comments:

Anonymous said...

please pin point Tanjung Aru island on a map

Post a Comment