Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Taman Bukit Tawau

Pasar Gantung, Tawau
20 Dis 2011 (Selasa)
Hari ke 6

Awal pagi lagi kami sudah turun untuk mengelakkan sesak di Pasar gantung, Tawau. Istimewanya Pasar Gantung ni ialah ia lebih kurang macam Uptown dan Downtown di KL sono. Barang-barang jualan ditawarkan dengan harga yang begitu rendah dan kena pandai menawar kalau mahu harga jatuh lebih rendah lagi. Anak-anak beli beg sekolah di sini dan beberapa helai jersey yang jadi idaman dorang. 

Oleh sebab si Ade masih demam dan abang fobia dengan tempat sesak, maka aku tempatkan dorang di sebuah hotel yang bernama Hotel Murah. Hotel ni terletak betul-betul atas pasar gantung dengan harga yang sememangnya murah. 1 family room cuma berharga RM38 saja. Tapi tahu-tahulah kondisinya yang langsung tak menyelerakan. Tapi kira oklah untuk sekadar tidur dan menunggu kami habis shopping. 

Bila sudah tak tahu mahu beli apa benda lagi, kami pun mula terfikir-fikir untuk meneruskan lawatan. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Tawau yang pernah aku tahu dan pergi dulu. Cuma aku tak tahu jalan untuk sampai ke sana. Akhirnya, aku upah seorang tourist guide terjun yang aku dapat di Pasar Gantung dengan bayaran RM50. Oleh sebab masa makin suntuk sebab menunggu Umi dan Along yang tak habis-habis menyopping lagi, maka cuma 1 tempat saja yang dapat kami tuju, iaitu Taman Bukit Tawau. 

Taman Bukit Tawau ni terletak di Jalan Kuhara 8km dari bandar Tawau. Istimewanya tempat ni ialah ia menempatkan hutan tropika tertua dan memiliki sebuah pokok tertinggi di dunia. Kalau mahu menginap di sini pun boleh dengan bayaran chalet RM250 dan RM80 untuk hostel. Mungkin pencinta alam sudi bermalam di sini sambil menikmati hutan dan deruan air terjun. Kalau bukan bersama keluarga, aku pun nak juga bermalam di sini. Manalah tahu boleh bermeditasi dan menyiapkan novel aku yang tak siap-siap tu...

Mizan beli baju Batman dan terus pakai di kedai tu juga. 
Walaupun demam, tapi bila tengok baju barunya terus si Ade sihat. 
Oh encik Batman!


Mak Meng, kakak kedua Umi






Ha...tulah chaletnya....


banir pokok terbesar 









Kami pun pulang dengan bengkak hati yang menggigit tangkai jantung aku. Ada sesuatu yang berlaku hari ini yang telah membebaskan syaitan dalam hati aku. Kelemahan aku mengawal diri akhirnya telah memerangkap aku ke telaga hukum seorang pesalah. 


0 comments:

Post a Comment