Thursday, December 8, 2011 | By: Luna Biru

Majlis Perarakan Berkhatan Beramai-ramai Kali ke-18 Kawasan DUN Pantai Manis Papar 2011


Na...bujang sudah anak manjaku si Abe Haiqal...Aku rasa, seumur hidupnya, sejak dia mula pandai cakap, hari inilah yang paling dia tunggu-tunggu dalam hidup dia. Kalau orang lain bercita-cita mau ke KL atau konvo, tapi Abe sudah lama mengidam dirinya kena sunat. 


Tapi sebenarnya ini bukan majlis berkhatan. Majlis berkhatan akan dijalankan esok di Pejabat UMNO Papar. Hari ini adalah Majlis Perarakan Berkhatan Beramai-ramai Kali ke-18 Kawasan DUN Pantai Manis Papar 2011. Majlis ini dirasmikan oleh YB Rahim Bin Ismail. Istimewanya majlis kali ni ialah ia turut dihadiri oleh YB Rosnah Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Masuk kali ni, sudah dua kali anak aku terlibat dalam acara sehebat ini. Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa kami golongan cikgu-cikgu ni tidak sepatutnya terlibat dalam acara percuma macam ni. Eh...why not? Save bajet apa...Ada pula yang cakap berkhatan macam ni sudah agak ketinggalan zaman. Ada skill baru berkhatan yang hanya dibuat di klinik swasta yang mahal-mahal iaitu kaedah 'clam'. Hmmm....?:)

As for me, aku tak kisah bro...yang penting anak aku terlibat dalam budaya yang seharusnya dikenang oleh setiap lelaki Muslim dalam hidup mereka. Berkhatan memang boleh di mana-mana saja. Tapi apa yang aku mahu ialah anak aku mempunyai sesuatu yang dapat dikenangnya seumur hidup melalui majlis-majlis seperti ini. Apalah ertinya berkhatan sekadar pergi ke klinik dan kemudiannya pulang tanpa apa-apa majlis. Oh. tapi lain orang, lain pandangannya. 

Ok. Jom tengok gambar di sekitar majlis perarakan ni...

Awal pagi lagi sudah berkumpul di depan perkarangan perpustakaan daerah. 


Seramai 180 orang murid di zon Pekan mengikuti program ini. 
Ni murid-murid aku, Aidil, Darren dan Faizal
YB Haji Abdul Rahim Bin Ismail
YB Datuk Rosnah Bin Haji Abdul Rasyid Shirlin
Perarakan dari perpustakaan ke Dewan Salleh Sulong Papar
Bersedia untuk majlis tepung tawar
Ni anak buah aku
Yang ni pula anak murid abang
Darren's mother
Majlis tepung tawar dan merenjis

Apasal keras tangan tu?
Kumpulan Sarakal
Abang best's friend

Selesai saja majllis tepung tawar, majlis bersiram pula diadakan di luar dewan. Ia adalah simbolik pada majlis berendam di air sungai . Pasal sekarang tiada tok Mudim dan batang pisang, maka majlis itu ditukar dengan siraman bomba. 
Yeah...siok ba,...nasib tau malu kalau nda aku mau join pas tu menari-nari macam si Kajol. 
Tetiba saja aku teringat kes Bersih 2.0....oh no!
Basah kuyup sudah budak-budak ni
Laungan 1 Malaysia!
Majlis berakhir jam 10.00pagi disusuli dengan acara makan-makan percuma untuk semua penduduk Papar. Kebetulan KKM menganjurkan Karnival 3S (Sihat, Selamat, Sejahtera) di Papar selama dua hari bermula malam ni. Jadi waktu kami tinggalkan dewan, padang Papar sudah penuh dengan bahan pameran dan gerai jualan. Pelbagai aktiviti kesihatan akan diadakan sempena karnival ini. Yang paling best, ada konsert ooo...Siapa artis jemputannya? Na...susah kau mau percaya kalau aku cakap. Jadi kau tunggu sajalah aku update blog ni seterusnya k....

Ni Upin & Ipin lagi 5 tahun akan datang baru akan ikut majlis ni.
Thanks for reading. 
Love. 

0 comments:

Post a Comment