24 Dis 2011 (Sabtu)
Hari ke 10
Hujan lebat membanjiri sepanjang perjalanan kami dari Lahad Datu ke Sandakan. Aku mula rasa tak sedap hati sebab fenomena ombak besar dan air pasang dijangka bermula hari ini. Ini bermakna ia akan membawa ribut laut dan hujan lebat yang berterusan. Terkena pula lagi time krismas. Biasanya, waktu krismas, ada-ada saja bencana alam yang menimpa.
Along tak dapat sertai perjalanan kami kali ini sebab dia terima berita yang rumahnya dicerobohi pencuri. Jadinya, Along terus balik ke Papar. Uina...tengok tu perancangan Tuhan. Kami yang berkeras mahu pulang, tau-tau, dorang pula yang pulang. Satu lagi ketentuan Tuhan yang tak boleh dielak sama sekali ialah, ribut yang melanda ini telah membataskan perjalanan kami. Akhirnya, kami tersangkut sepanjang hari di hotel. Hasrat untuk ke Sepilok, Memorial, Jalil Alip dan Tokong terkubur begitu saja...Mungkin sudah ditentukan bahawa kedatanganku ke sini hanya semata-mata untuk tunaikan janji aku sama Kak Ani. Besarnya nilai sebuah janji. Itupun sebenarnya aku tak pasti boleh datang ke rumah dia ke tidak besok sebab Kak Ani tinggal di Pulau Tanjung Aru. Harap-harap semua ni akan reda besok dan laut tak akan bergelora lagi. Amin...
Kami menginap di Hotel Esplanade yang terletak di Batu 4. Ini sajalah tempat yang selamat dari banjir, kata orang sini. Semalama di hotel menjaga anak memang melelahkan sekali. Syukurlah si Ade sudah tidak menangis lagi malam ini. Oya, aku lupa mau bagitau yang si Ade menangis dan demam sebab alergik dengan air telaga dan graviti yang digunakan di kampung. Habis badannya tumbuh bintik-bintik merah. Dokter cakap, kuman sudah masuk ke dalam darah Ade. Lepas disuntik dan makan antibiotik, barulah demamnya reda dan bintik-bintiknya hilang. Syukur Alhamdulillah. Oh anak bandar!
Makan malam di Restoran Hikmah. Aku makan sup tulang yang sedap |
Ini bukan Azwan Ali ok! |
Jujur aku katakan, aku baru rasa bahawa destinasi terakhir ini sepertinya baru memulakan percutian kami. Memang seharusnya kami ke sini duluan. Ya...campur tangan pihak ketiga memang sedikit mengusutkan perjalanan ini. Tapi biarlah...semuanya sudah berlalu.
Well, aku lahir di sini tau!
0 comments:
Post a Comment