Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Tampi-Tampi, Semporna



22 Dis 2011 (Khamis)
Day 8

Waktu tengok filem Duyung hari tu, terus terang, dalam mimpiku pun aku tak terbayang akan ke tempat ini. Aku lebih mudah memvisualkan percutian ke Langkawi daripada ke sini. Bahkan, membayangkan bahawa kami sekeluarga akan bercuti di Pantai Timur saja tidak pernah termasuk dalam angan-angan aku kerana aku tahu ianya sesuatu yang sukar untuk dicapai. 


Namun, hari ini Allah memakbulkan keinginan yang tak pernah sempat aku minta betul-betul pada Dia. Keinginan itu cuma berdetak-detak dalam hati dan ternyata Allah tetap mendengarkan. Akhirnya, dengan izinNya, sampai juga ke sini. Syukur Alhamdulillah...

Hanya sayang hatiku sudah agak membeku ketika semua ini berlangsung. Jadinya, aku langsung tak dapat menikmati segala keindahan yang terlukis di Tampi-Tampi. Oh bodoh benarlah aku...terlalu mengikut hati sampai melepaskan peluang yang begitu aku dambakan. Entah bila lagi berpeluang ke sini...

Err...ada cengkerang tak yang boleh kutiup untuk memanggil cik duyung yang magik? 


Ada berani? 








0 comments:

Post a Comment