Wednesday, December 7, 2011 | By: Luna Biru

Nyahlah Sihir bongkakmu!

Sudahlah. Aku lelah.

Tak usahlah kau terus-terusan mengintip aku dari
segeluk air di mangkuk putihmu
atau menabur garam di kuali hitammu
atau mengutus salam pada bayu malam di luar jendelamu
kerana aku takkan apa-apa
hanya barangkali secuak terasa getarnya
namun unggulku masih terlalu kebal untuk kau runtuhkan
dan kau,
bukan siapa-siapa untuk meluluhkan aku.

Tidakkah kau lelah?
Mencumbu bayangku saban hari
sedang aku tidak pernah sudi menjengah bayangmu
pun sekadar untuk menyebut namamu walau satu huruf.
Pergilah.
Kau sudah terlanjur kecundang dulu.
Dan, yah...sudah kusampaikan pesanku pada jin belaanmu
yang tak pernah kau sedar hadirnya dalam setiap cebis garammu.
Semoga ia dapat menyampaikannya baik-baik ke telingamu
bahawa,
aku,
masih sehebat menjadi manusia yang sangat kau benci itu!

0 comments:

Post a Comment