Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

My new update

Assalamualaikum to all my readers and followers…
Missed me? Sudah lebih dua minggu aku sunyikan diri aku dari mengemaskinikan artifak aku ni. Apa yang pasti, aku sangat rindukannya!
Hmmm…ingat tak hari tu aku cakap kami akan round Sabah untuk edisi Cuti-Cuti Malaysia kali ni? Ha, itulah jawapannya pada kehilangan aku semenjak dua menjak ni. Sebenarnya, bukannya round Sabah pun, cuma jelajah Pantai Timur saja. Tujuan asal sebab mahu balik kampong. Sedar tak sedar, sudah 16 tahun aku tak balik kampong aku di Lahad Datu. Mula-mula alasannya pasal study 3 tahun di Maktab. Tapi untuk tahun-tahun selepasnya, alasannya sebab sudah ada kampong baru di Tenom. Apapun, kepulangan aku kali ni pastinya berbeza dari 16 tahun yang lepas. Yalah kan…kalau dulu aku datang masih bawa title bujang, tapi kali ni, bawa 6 orang anak!

K. Khas untuk tatapan kamu-kamu yang rajin melawat blogku, biarlah aku back dated kan tour kami sepanjang tempoh 12 hari penjelajahan ke Pantai Timur.  Harap-harap kamu enjoy tengok pix yang aku uploadkan ni terutamanya di Pulau Mabul. To Melati Atie, thanks sebab jadikan impian ini jadi nyata. Will talk to you soon, k…

Love & Peace

0 comments:

Post a Comment