Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Lahad Datu

Subuh di Takis
15 Dis 2011 (Khamis)

Day 1

Lahad Datu.

Wow…16 tahun aku tunggu saat ini. Kali terakhir aku jejakkan kaki ke tanah kelahiran Umi ini ialah pada tahun 1996. Lepas tu, aku tak pernah lagi punya peluang untuk balik ke sana. Mula-mula sebab sambung belajar. Tau-tau, habis belajar, kahwin. Bila kahwin, dapat kampung baru di Tenom. Jadinya, setiap kali cuti sekolah, kami banyak habiskan masa di sana. Sungguhpun secara teknikalnya keputusanku ini kelihatan agak mementingkan diri dan merampas hak abang untuk balik kampung, tapi secara peribadinya aku rasa tindakan aku ni tidaklah kejam sangat. Lagipun, sebagai guru, kita ada 4 kali cuti semester setahun. Ini bermakna, kita ada 4 kali peluang untuk balik ke Tenom, jadi kenapa perlu tunggu cuti hujung tahun saja baru nak balik,kan? Apapun, Terima kasih pada abang yang akhirnya lembut hati untuk jadikan mimpi ini jadi nyata. 

Sebenarnya, sudah bertahun-tahun aku simpan hasrat hati aku ni dan baru kali inilah hajat ini tercapai. Selama ni, aku cuma dengar cerita saja bila Along dan Umi ceritakan betapa seronoknya keadaan di kampung. Tapi kali ni, aku sendiri akan menikmati keseronokan itu dan mengalami sendiri pengalaman bercuti macam waktu kecik-kecik dulu. 

Oleh kerana keadaan kesihatan abang yang kurang mengizinkan, maka kami pun buat keputusan untuk balik menggunakan bas awam saja. Abang memang ada masalah tulang belakang jadinya dia cepat penat dan sakit kalau memandu dalam jarak jauh. Bayangkan sajalah perjalanan dari Papar ke Lahad Datu memakan masa 8 jam!

Kami ikut bas awal hari tu jam 8.30 pagi dan dijangka sampai pada jam 4.30 petang. Penat gila weh duduk berjam-jam dalam bas. Nasib baiklah anak-anak aku bukan jenis mabuk kenderaan. Tak banyak benda yang boleh aku ceritakan sepanjang perjalanan tu sebab aku lebih banyak tidur. Kami sampai tepat seperti yang dijadualkan dan disambut oleh Umi Dina iaitu mama cousin aku si Lina. Malam tu kami tidur rumah dorang di Kg. Sapagaya. Aku tak dapat tidur malam tu sebab si Ade menangis rindu atok. Ceh…

Ni tiket bas kami. RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak KK-Lahad Datu direct
Kami pilih bas DYANA sebab kawan abah. Dapatlah diskaun sikit. 
Sarapan pagi dulu...di Restoran Sinar Mustika, Inanam, depan Stesen Bas
Si Ade sudah minum bekalnya sebelum naik bas lagi. Atok is sitting at the back
Ni dua orang susah betul mau kawal. Nasib kedai mainan di belakang tu masih tutup.
Ni mau sampai sudah ni...
Ok sampai sudah...ni Nissan 3.0 Umi Dina punya
Rasa mau pitam saja waktu ni...penat!
Malam yang cantik di Sapagaya...
Mau rehatkan minda kejap. Esok mau balik kampung aku di Segangan....

0 comments:

Post a Comment