Friday, December 30, 2011 | By: Luna Biru

Trip to Pantai Timur : Floating, Semporna


22 Dis 2011 (Khamis)
Hari k-8

Inilah dia Hotel Marina yang terletak di Pekan Semporna. Hotel ni kira macam baru lahir sebab baru saja kena bina sempena kedatangan kami ke sini. Ceh...tiadalah. Tipu saja. Tapi memang betul hotel ni baru dan merupakan cawangan kepada hotel Mabul Inn. Cousin aku si Encik Ezan yang sewakan bilik untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Ezan. Duit deposit yang taukeh hotel tu bagi waktu kami check out ada lagi dengan aku. Lupa aku mahu kasi kau waktu last kita jumpa hari tu. Lupa ke tak sempat sebab the last kita jumpa macam tak berapa free,kan? 

Ok. Aku tipu. Sebenarnya bukannya aku lupa cuma waktu kesemua kisah ini berlangsung, hati aku dalam keadaan yang betul-betul tak berapa mau baik. Waktu ni aku mula rasa bahawa percutian ini adalah salah satu kesilapan besar yang pernah aku buat dalam hidup aku lagi sekali. Lagi-lagi aku tersangkut dalam hal yang membuat aku berfikir bahawa sesungguhnya memang benarlah aku ni trouble maker yang membunuh keceriaan percutian ini. Mungkin keghairahan aku yang keterlaluan akhirnya menjerut aku dalam padah yang tak sengaja aku bawa. Ye ke? Entahlah. Yang pasti, aku mahu pulang esok ke Papar. Percutian ini berakhir di sini, hari ini. Titik. 






Floating, Semporna



















Lepas ni kami akan bertolak balik ke Lahad datu. Tapi sebelum tu singgah lagi ke Tampi-tampi tempat shooting filem Duyung. 

2 comments:

Atie said...

Napa Zue??? apa yg bikin hatimu jadi kurang baik di tempat indah mcm ni???

Luna Biru said...

errrr....

Post a Comment