Saturday, December 10, 2011 | By: Luna Biru

Malam Konsert Karnival 3S di Papar 2011


I'm not so into concert, begitu kata abang. So do I, actually. 
Tapi aku tak mahu merampas zaman kanak-kanak budak-budak ni. Aku juga tak mahu perasaan ingin yang mereka ada sekarang jadi memar bila dewasa nanti. At least bila aku bagi sedikit apa yang dorang mahu dalam usia sekecil ini, bila besar kelak, dorang tidak akan terkena kejutan budaya bila aku sudah tiada di sisi dorang.


Sungguhpun enggan dan malas, kami berangkat juga membawa serombongan budak-budak kecik aku ni menonton konsert sempena karnival 3S malam ni di padang Pekan Papar.  Satu hal yang buat aku tidak sedap hati ialah malam ni Malan Bulan Gerhana Penuh. Malam ini sepatutnya diisi dengan amalan sunat yang dianjurkan Rasulullah. Subhanallah...Nak tau tentang amalan tersebut boleh klik sini k....

K. Cakap pasal konsert.

Kami sampai lebih kurang jam 9 malam. Waktu ni, konsert sudah mula dan Marsha sedang buat persembahan.  Kami langsung tak boleh nak ke depan sebab crowded sangat. Pengacara konsert ni Sobri BP. Selain Marsha, Jimmy Palikat, Awie, Amy Search pun ada. Penampilan istimewa pula adalah dari Rossa. Memang meriah sungguh dan hebat nyanyian dorang dibantu dengan sound system yang mantap. Orang pula punyalah ramai buat aku macam tak picaya bahawa penduduk Papar adalah sebegini ramainya. Waktu Dr.Fazillah Kamsah datang dulu nda pula ramai gini kan...ngeh...

Rossa menutup konsert dengan lagu terakhir iaitu Hey Ladies. Aku agak berbulu dengan sekumpulan budak-budak remaja depan aku yang menari macam orang kesurupan sambil hisap rokok. Maunya mabuk budak-budak kecik sebab terhidu asap rokok di tempat yang sesak macam tu. Apa da...

Oklah. Setakat ni dulu malam ni. Esok mau bawa budak-budak ni ikut larian 1 Malaysia 10,000 langkah sehari pula. Bertuah sungguh orang Papar sebab bermenterikan YB Rosnah Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan,kan? Apa-apa agenda kesihatan, mesti Papar jadi pusat perhatian. Hidup YB Datuk!

Abang tengah dukung Ade yang mau juga tengok si Sobri BP
Ade silau kena flash kamera. 
Mizan pula kena dukung Arin. Tapi kejap ja ni. Semata-mata untuk bergambar lepas tu, aku bawa Mizan dan Ade g jalan-jalan tengok pameran. 
Bibie dan Anis yang kompom tersilau juga oleh flash. Tiada ciri artis langsung!
Ha...tengok mata aku steady ja...ni baru ada bakat jadi artis nih tak tersilau oleh flash. Ceh...
Ok, aku terkantoi juga akhirnya sebab memang tak dapat lawan tu sinar flash yang tajam sangat. 
Nasib ada Pak Polisi yang kawal keselamatan dan disiplin dengan ketat. 
Tengoklah betapa ramainya manusia-manusia Papar
Ada gerai jualan macam du Uptown. 
Ni abang Kebab tempat favorite stall aku. Sedap kebab dia. 
Mau beli jus tapi tuannya hilang sebab tengok konsert
Daripada bersesak tengok konsert, baik g beli makanan
Acik dan Papa Smurf. Macam budak keciklah ko Cik main belon
Si Ade mau gitar ni tapi aku tak belikan sebab bahaya untuk kesihatan. Kalau dia ngamuk kompom dikaratenya gitar ni di kepala orang. 
Dapat ambek gambar Rossa dari jauh saja. 
Ni si Sobri. Abe paksa ambil gambar dia sebab dia minat sangat. 
Akhirnya konsert pun habis dan barulah aku dapat ke depan
Aha...ni pula bas penuh kenangan Arin....

Selamat menjalani solat sunat Gerhana...

2 comments:

Atie said...

wakakak...untung Ya jadi warga papar....ada2 ja program kamurang.....emm..Yb kamurang best bah.....nda mcm kgu..YB nya...emmmmmmmm...yg emmmmmm.....ko rasa dalam ramai2 umat manusia di papar tu si akang ada ka aaa??? hahaha.....

Luna Biru said...

Haha...kalaulah aku kenal dia...for sure aku luku kepalanya.

Post a Comment