Saturday, October 11, 2014 | By: Luna Biru

ujianmu, ujianku

Apapun kes disiplin yang aku sedang lakukan sekarang ini adalah sebenarnya kes lapuk yang telah berlaku sejak aku di Kelatuan lagi. Sama lapuk macam hutang kad kredit aku. Tapi percayalah wahai kawan2ku, PPDku, GBku mahupun rakan2 sekerjaku, aku sudah berusaha semampuku untuk mengatasi masalah ini lebih dari kadar kemampuanku. Korang ingat aku tak ada harga diri ke; tak tahu malu ke; asyik menjadi bahan cerca dan umpat sepanjang masa?


Aku manusia biasa saja ok...tahu erti malu; ada rasa nak memperbaiki diri;  ada cita2 yang nak capai...sama macam kamu. Aku juga mahu dikenali dengan nama baik dan bukannya sebagai guru bermasalah. Kalau korang tak dapat nak faham masalah aku,  its ok. Tapi sekurang2nya hargailah diri korang sendiri untuk tidak menjadi pengadu domba. Korang perlu bersyukur Tuhan tak bagi dugaan  dan cabaran hidup macam aku. Ujian kita berbeza-beza. Aku sendiri cemburu gila dengan nasib korang yang  nampak baik dan selesa2 belaka. Anak tak ramai, duit gaji cukup, rumah besar,  kereta sorang sebiji, boleh pula melancong sesuka hati ...so itu bahagian korang. Bahagian aku macam nilah apa adanya. Anak dahlah setengah dozen,  berpenyakit pula tu. Lepas sorang, sorang sakit. Tu belum masuk mak aku yang join sakit sekali atau aku yang akhirnya kantoi juga oleh penyakit buah pinggang. Takkan tu semua aku nak cerita pada korang? Buat apa? Nak minta simpati? Simpati ke? Atau hanya bakal jadi bahan cerca lagi...? Bukan tak pernah benda begini berlaku. Cerita pada kawan ingatkan kena simpati, tau2 jadi bahan kutuk. Kes Ade  kena operation di Kelatuan adalah kemuncak nilai kepercayaan aku.


Aku tau korang penat  ganti kelas aku...aku sedar aku ni banyak menyusahkan orang. Aku minta maaf banyak2 dari atas rambut sampai hujung kaki. Tapi percayalah kawan...aku dah berusaha nak perbaiki semua ni. Tapi memang mungkin dunia guru ni tak sesuai untuk aku agaknya. Dah 15 tahun aku brjuang memperbaiki diri tapi sampai sekarang aku masih tak mampu lagi.

Sabarlah kawan...sabarlah. beri aku masa setahun saja lagi. Biar aku habiskan UPSR acik dan kemasukan tahun 1 Ade dulu. Beri aku masa perbaiki ekonomi aku supaya aku tak perlu lagi menghabiskan seluruh malam sampai ke dini mencari rezeki. Bila semua ni selesai, aku  janji aku akan pergi dari hidup korang. Lepas ni korang tak perlulah lagi susah2 nak mengadu hal aku ke PPD. Lepas ni korang tak perlu lagi nak susah2 fikir pasal aku yang tak berdisiplin ni.

Paling penting, beri aku masa setahun saja lagi untuk aku tebus semua pertandingan yang sepatutnya aku ikut tapi kemudiannya aku tarik iri  disaat akhir seperti Action Song, PPDa dan SERASI.

So...sekianlah luahan hati aku.
Bak kata kak isah, bersedialah menghadapi kemungkinan dipantau PPD sbb dah ramai sangat org mengadu pasal aku. Tak palah...kalau inilah akhiran perjuanganku dlm bidang keguruan yg kucintai ini, redhalah aku menerimanya...


Kepada kamu semua....semoga Tuhan tidak memberikan kamu ujian seperti aku...

0 comments:

Post a Comment