Bersungguh betul si mentor ni nak belanja aku makan. Aku tak berapa sangat bab lunch2 ni. Kalau dia nak belanja aku makan, paling berbaloi jam 4.00 petang sebab time tu adalah masa makan paling afdal aku. Sudahnya, sepinggan pizza yang dikongsi bersama pun tak habis kami makan.
Mengenali Maria hari ini sebagai individu yang berbeza buat aku rasa macam dah dapat kawan baru. Setiap manusia ada 'the other side'. So, this is the other side of her. Dia lucu, mudah ketawa dan faham lawak-lawak bodoh aku dan kemudiannya membalasnya dengan kelawakan yang sama juga. Masa lunch kami penuh diisi dengan gelak tawa dan cerita-cerita merapu; complete dengan bahasa inggeris yang aku yang tak kurang merapunya. Aku rasa Maria sebenarnya bertujuan nak mengenali aku dengan lebih mendalam lagi. Mungkin dia pun nak kenal 'the other side of me'. Atau dia mahu menjalin personal ties dengan membina kepercayaan antara kami; sama macam hubungan kaunselor dengan klien.
Sejak pertemuan itu, Maria tak pernah lagi muncul dalam kelas aku. Masa observasi sudah tamat, katanya. Aku pelik. Why?
0 comments:
Post a Comment