Thursday, October 16, 2014 | By: Luna Biru

Maleficent dan cinta sejati

Kisah Arin dan Ekin. 

Tak payah cakap aku tau dorang dah clash buat kali kedua. 

Well,

Bukan aku nak kata aku concern sangat dengan hubungan dorang ni, dan aku juga tak kata yang aku tak ambil kisah. Tapi sedikit sebanyak, aku juga tak suka bila Arin terlalu banyak memendam perasaannya. Nasib baiklah aku ni ahlil nujum. Dia tak perlu susah2 nak kasitau aku, aku dah tahu hujung pangkal masalahnya hanya dengan melihat di segeluk air di mangkuk putih.

Gambar Ekin masih terus jadi penghias screennya. Aku tak tahu sedalam apa perasaannya pada Ekin. Apa yang pasti, perasaan Ekin bukanlah untuk dia. Aku harap dorang tak sambung buat kali ketiga. Takut nanti Ekin akan fikir how easy he is...easy to come and dumb as you please. 


So Danial Ihsan Safwan,

Besok kan kau temukan wanita peminjam tulang rusukmu. Dan percayalah, bila saat itu tiba, akan kau fahami bahawa cinta adalah kekuatan yang luar biasa. Ia mampu menjadikanmu menendang segala alasan untuk saling meninggalkan. Selagi belum kau temui itu, sekecil alasan mampu menjadi sebab untuk berpisah. Mama dulu pernah dumb boyfriend hanya sebab ibu jari kaki dia sama panjang dengan jari telunjuk kaki. Pernah juga mama dumb orang sebab mak dia suka makan sirih. Nampak macam tiada kaitan. Tapi kau faham tak? Perempuan cuma perlukan alasan. Dan bila mahu, perempuan tak perlukan alasan. 



Cinta sejati itu wujud. Maleficient has prove it. 

0 comments:

Post a Comment