"Bila hati aku dah betul-betul sayang, dia pulak buat hal. Karang aku patah balik jadi diri aku yang lama, jangan menyesal..."
MEL, MJATS Slot Akasia. 7.00p.m.
Untunglah jadi Mel.
Manusia liar yang dijinakkan oleh cinta maka dia merasa berhak untuk mengugut.
Manusia angkuh yang berubah kerana cinta maka dia menganggap bahawa perubahannya adalah satu hutang besar yang harus dihargai oleh pasangannya.
Dan Luqman, meski pengorbanannya jauh lebih hebat dari Mel, tak pernah sekali mengungkit kerana dia redha dengan apa yang telah dikorbankannya...
Wahai Mel,
Kalau kau perlu berubah, berubahlah kerana Allah. Berubahlah kerana kau memang perlu berubah. Berubahlah kerana kau sedar lompang-lompang kelemahan dirimu yang perlu diperbaiki. Berubahlah kerana kau memang ikhlas dan bersedia untuk berubah.
Berubah bukan kerana manusia. Bukan juga kerana cinta pada manusia. Manusia terlalu lemah untuk memahami pengorbananmu. Allah maha mengetahui. Maka padaNya kau sandarkan nawaitu hijrahmu. Insya Allah, kau akan merasa betapa manisnya makna perubahan.
Mel,
Kau tak perlu nak mengugut untuk kembali menjadi liar. Kalau kau sayangkan dirimu yang lalu lebih daripada dirimu sekarang; kalau menjadi dirimu mampu membuat kau merasa menjadi superhero, silalah berpatah balik dan sarung kembali uniform perkasamu.
p/s : Ini metafora
0 comments:
Post a Comment