Thursday, October 16, 2014 | By: Luna Biru

melalut....kot?

Kadang-kadang kita tak sedar besar kecilnya impak apa yang kita cakap pada orang lain. Oleh itu, teruslah memilih berkata yang baik-baik. Sekurang-kurangnya, kalau berimpak, impaknya pasti yang baik2 saja. Insya Allah...

So, itulah yang terjadi pada aku dan Atie mengenai status fbnya. Aku jarang sangat reply status kawan, mahupun sekadar memberi like. Aku betul2 silent reader. Tapi postnya hari tu memberi kegatalan yang luar biasa pada jari-jemariku. Lalu aku memberi respon. Sungguh tak sangka kalau respon sekecil itu memberi impak besar pada Atie. Besar mana aku tak pasti. Tapi bolehlah dianggap besar kot sebab Atie terus print screen dan upload di blog peribadinya.  


Aku tak pasti apa masalah Atie sebenarnya. Aku pun tak berani nak tanya. Takut peribadi sangat. Tapi bunyi macam teruk. Well, kalau boleh menambah, aku hanya ingin sekadar memberitahu bahawa, jangan takut untuk pindah atau tukar sekolah. Terlalu lama berada di sebuah sekolah menjadikan kita terlalu selesa and feels like home. Comfort zone sebenarnya bukanlah safe zone. Ia adalah terma yang berbeza. Lagipun, apalah salahnya bertukar angin. Sayang sungguh masa perjawatan kita dihabiskan begitu lama di sebuah sekolah saja. Besok lusa waktu pencen, orang yang nak bacakan profail kita tu cuma perlu baca satu sekolah saja. Contoh : 

Beliau telah berkhidmat di Sk. Surati sepanjang tempoh perkhidmatan beliau iaitu selama 35 tahun..."

Adeh...

Itu pendapat aku sajalah...pendapat rambang tanpa tahu apa masalah Atie. Bengongkan? Suka2 bagi pendapat tanpa tahu hujung pangkal. Pangkal rahim aku, aku tahulah. 


Tapi, kalau kata2 itu bermakna buat Atie, Alhamdulillah...nampaknya, nasihat arwah mama telah memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah, panjang jariah mama dan semoga ia menjadi pengurang bebannya di kubur. Aku ingat mama selalu cakap dulu; 

" Apapun yang kau cakap, akan melekat di hati orang; tak kira ia baik atau buruk. Maka kalau kau terpaksa memilih, pilihlah yang baik. Supaya, kalau dia harus ingat, maka ia akan mengingatimu dengan hal yang baik-baik"

Mama betul. Meski sepanjang hidupnya kami bertelingkah sepanjang masa, tapi bila dia tiada, segala nasihatnya yang dulu menyesak kepala aku, bertukar menjadi penawar. Dia memilih hanya baik-baik untuk disuakan di telinga aku, meski kadang2 ia tidak diucapkan dalam intonasi dan keadaan yang baik2. Tapi bak kata abah, kulit bukan penentu. Yang penting isi! Durian pun tajam, tapi isinya sedap. Buku yang tertanggal dari kulitnya tidak semestinya tidak boleh dibaca kerana kekurangannya tidak akan menjejaskan isi kandungannya. 

...apa benda aku melalut ni? 






0 comments:

Post a Comment