We all have a different definition and consideration about tolerant.
Dan aku tak boleh langsung nak bertoleransi dengan manusia yang pelidut.
Tau apa itu lidut?
Menurut kamus dialek tempatan Sabah, lidut membawa maksud sikap yang terlalu lambat dalam membuat pekerjaan, suka melengah-lengahkan waktu dan lalai dengan masa. Siput Babi adalah sinonim bagi si pelidut untuk menggambarkan sikap mereka. Aku tak tahu apa makna kata ni dalam bahasa Malaysia. Tak jumpa di kamus dewan.
Bagi aku, manusia pelidut ni sangat mementingkan diri, tidak tahu menghargai masa apatah lagi perasaan orang lain. Dorang macam hidup dalam dunia dorang sendiri. Tak takut dengan date line dan tak pula merasa bersalah kerana dah banyak buang masa orang lain yang menunggu.
Pengalaman hidup bersama manusias ('s' for plural) pelidut benar-benar mencabar makna toleransi dalam diri aku. Aku tak kata aku ni well management punya orang. Tapi at least kita ada limit keterlambatan yang perlu kita respect. Lebih2 lagi bila kita sedang berurusan dengan masa yang dimiliki oleh orang lain.
Lidut adalah suatu penyakit yang datangnya dari diri sendiri, keturunan dan persekitaran. Cuba tengok individu pelidut, mesti salah satu mak bapaknya pun pelidut juga. Malangnya, tak ada manusia setakat ini yang berani mengaku dirinya lidut. Malu kot sebab terbanding dengan siput babi.
Aku ada sorang anak pelidut. Namanya Acik. Dia macam ada jam penggera dalam kepala. Dia dah set akan bangun jam 6.20, temenung depan meja makan 10 minit, dan akan sedar dunia balik pada jam 6.30. Pas tu dalam kamar mandi pula, dia akan nikmati sepenuhnya tiap titisan air yang mengalir di tubuhnya. Dia akan terus lengah2kan waktu supaya dia boleh jalan ke sekolah tepat jam 7.00. Padahal jam 7.00 juga loceng berbunyi.
Aku harap Acik tak akan waris penyakit lidut. According sejarah keluarga aku, lidut adalah sumpahan besar. Teringin rasa pelempang abah? Ha....cuba2lah ko lidut...
p/s : Selamat hari Raya Haji paling lidut
0 comments:
Post a Comment