Wednesday, October 22, 2014 | By: Luna Biru

....speechless...

Aku sakit.

Aku nak bagitau kau, aku sakit. Kalau kau dengar suaraku saja pun, aku yakin kau tahu yang aku sakit. I told you. Ini bukan tounsil. Ini adalah siri bronkitis kronik. Kau tau apa itu bronkitis kronik?

Tahukah kau apa rasanya? Dada aku bagai direnyuk-renyuk. Tulang selangkaku macam dah bersatu kiri-kanan. Aku mencuri nafasku dari mulut. Setiap kali nafas itu kutarik, aku dapat mendengar getar mukus dari dalam dadaku. Setiap kali aku bersuara, aku terpaksa memisahkan antara nafas dan ngilu. Aku tak tahu kekuatan apakah yang menyebabkan aku masih mampu segagah ini....

Aku tak minta simpati kau. Aku tak harap kau nak bawa makanan untuk suakan dalam mulut aku. Aku tak merengek-rengek pun minta kena peduli. Percayalah, aku dah biasa hidup berdikari. Aku bukan anak manja. Aku tak pernah tau rasa jadi princess pun. Aku percaya hidup ini adalah untuk memberi, bukan menerima. So selagi aku masih mampu nak memberi, maka aku bagilah apa saja yang aku ada untuk gembirakan hati semua orang...

Tapi, bila kau tak gembira dengan apa yang aku bagi, aku tak boleh nak buat apa lagi.

Tapi aku banggalah juga, bahawa dalam rasa terseksa ini, aku masih terus mampu memberi...

Aku sakit.

Percayalah. Demi Tuhan. Aku sakit. Aku harap kau takkan kena sakit ni sebab aku tahu kau takkan pernah dapat nak hadapinya. Mungkin sebab itu juga Tuhan bagi aku, sebab Dia tahu aku kuat.

0 comments:

Post a Comment