Wednesday, October 29, 2014 | By: Luna Biru

Purely bangang

Betul bilang seorang sahabat...

Kita harus selalu bijak memilih rakan untuk mengongsi rasa. Sebaik manapun sahabat, mereka tetap individu berbeza; punya persepsi beza; punya pemikiran beza. Kita harus bersifat lebih selective. Harus tahu mengongsi apa dan dengan siapa.

Jadi hari ini aku sudah salah memilih sahabat untuk mengongsi perasaan aku. Perasaan aku yang demikian mahal harganya...ceriteraku yang begitu tinggi nilai kerahsiaannya; yang dengan blog aku pun aku tak share....akhirnya jatuh terkulai di tangan dan di pemikiran manusia yang kupikir telah benar untuk dipilih.

Aku menyumpah-nyumpah dalam hati. Mencerca keterlanjuran diri. Aku tidak minta untuk difahami; tidak juga dihukum; apalagi dinilai; aku cuma minta didengar...Anis yang umur 14 tahun saja lebih mampu menerima apa yang berlaku ini dengan baik sekali. Tapi mereka yang telah terlanjur kupilih, ternyata hanya tua dari segi usia; sementelah pemikiran masih tertutup...hinggakan apa yang cuba aku sampaikan hanya dilihat dan dinilai dari satu sudut yang kecil skopnya. Seberusaha apa pun aku cuba meluaskan skop itu, tapi mereka tetap mengecilkannya...hingga akhirnya ia bertemu pada titik akhir bahawa aku ini jahat dan mencurangi makna sebuah mandat.

Aku memang bangang.

Purely bangang.


0 comments:

Post a Comment