Thursday, October 16, 2014 | By: Luna Biru

EBIS dan aku

English Blossoming In School.

Akronimnya EBIS.

Secara rasminya aku dilantik secara paksa rela untuk memeluk jawatan sebagai setiausaha. Program kendalian Daerah ini yang menyita seluruh kawasan Papar sampai nun ke Bongawan sana ternyata sangat mencabar bijaksana. Mengendali 40 orang mentees, 4 orang mentor bule dan harapan2 para PPD buat aku memeras segala raksa yang bernama kreativiti, intelektualiti, keanggunativiti dan apa2 saja yang namanya sifat positif. 


Ini cabaran yang bukan alang-kepalang agaknya. Skopnya luas. Cabaran utama bukanlah menjurus kepada event berbentuk academic exhibition yang bakal aku kendalikan; tapi lebih kepada penyatuan 40 ummah yang berbilang sifat dan bentuk jati dirinya. Aku tak berbakat nak jadi pemimpin. Cakap di depan audiences pun merapu-rapu sesedap rasa aku. Aku juga sebenarnya tak layak nak memimpin orang. Disiplin aku tahap murid linus tegar. Time management aku pun berhambur tak menentu. Mak enam anak macam aku ni susah sikit nak pisahkan masalah peribadi dengan rasmi. So nak ambil hati 40 jemaah yang selalu terpaksa tunggu aku setelah banyaknya masa yang mereka korbankan semata-mata nak tepati masa memerlukan keanggunativiti yang luar biasa. 

Aku bersyukur sebab ada team yang hebat. Aku ada Fairul yang bertindak jauh dari sekadar PA. Ibaratnya, kalau aku lupa nak sepit kain yang disidai, Fairul akan segera tolong sepitkan tanpa perlu nak laporkan pada aku setiap masa. Aku juga ada Linda yang peka pada keadaan dan concern dengan kesenangan semua pihak. Aku ada team ELDTP yang sangat supportive. Kak Lela, Yati, May, Ros, Adyna...dorang semua selalu teguh menjadi tulang belakang aku. Tengok muka dorang pun aku dah rasa kuat dan bersemangat. Bila Yati senyum, aku rasa gemuruh aku hilang. Bila Ros bersuara, aku rasa macam tangan aku kena pegang. Bila Kak Lela respon, aku rasa macam dia superhero. Setiap mereka ada peranan masing-masing. Macam jari-jari tangan....

Oh...paling penting aku ada Maria, si mentor yang sering menitis air mata kerana ulahku. Dia sangat professional. Kadang aku tak pasti kalau ada dendam di hatinya setelah apa yang telah kami lalui bersama. Tapi aku dapat melihat ketulusan dan keikhlasannya membimbing aku dalam apa jua bentuk keadaan. Dia adalah pemberi ilmu yang tak pernah lokek mengisi mangkuk pengetahuanku. Begitu juga dengan Shoba...jauh dari sekadar hanya pemberi support, kehadirannya mampu buat aku rasa kembali percaya diri. 

Dan Nick, 
Kehadirannya petang tadi mengubah persepsiku padanya. Meski ada sesuatu yang sedikit negatif dalam dirinya, aku percaya Nick telah cuba memperbaikinya dengan seluruh kebijaksanaannya. Aku bersyukur sebab tak terlanjur memperbesarkan hal yang agak menyesak kantung perutku semenjak mendengar cerita buruk tentang dirinya minggu lepas. Aku cuma mau Nick tahu...bahawa sebagai mentor, peranannya sebagai pemberi motivasi kepada menteenya sangat besar. Guru adalah sejumlah manusia biasa yang terkadang boleh jadi sangat pasif dan reluctant. Maka sebagai mentor, dia perlu menjadi palam pencucuh atau fire starter agar semangat itu mampu merasuk ke jiwa guru yang lompang motivasi. 

Baiklah. 

Cabaran pertama dah selesai. Akan ada cabaran seterusnya hinggalah ke kemucak acara pada 14 November. 

Doakan aku.


p/s : abang, waktu abang tenangkan sayang di kereta tadi adalah sentuhan paling mujarab. Thanks ya...

0 comments:

Post a Comment