Thursday, October 16, 2014 | By: Luna Biru

Kursus 1M 1S Futsal

Terus-terang saja,

Memberi kursus pada guru-guru di hotel jauh lebih mudah daripada nak bagi kursus di daerah. Masalahnya ialah kesediaan minda. Mungkin kalau duduk dalam dewan kuliah hotel yang nyaman berekon, berkarpet, ada air mineral sebotol dan gula2 mentos sepinggan buat dorang rasa formal dan bersedia dari segi rohani dan intelek. Apalah sangat nak dibandingkan duduk dalam kelas yang buat kita rasa macam budak sekolah yang terpaksa disekolahkan oleh JU yang tak cukup sekolah, kan?

Aku tak cakap semua guru, ok. Tak payah nak sensitif dan provok. Ini hakikat. Ada sebilangan guru yang macam murid tak reti nak hormat guru dalam kelas. Waktu kita buat ceramah, dorang sibuk bercerita di belakang. Kalau iya pun nak bercerita, agak2lah volume suara tu. Ni dah tahap biadap melampau. Kalau murid aku, sure aku baling pakai duster. Aku doakan dorang dapat murid lebih jahamam dari dorang seumur hidup dorang jadi guru.


Aku bukannya pandai main futsal. Aku faham korang jauh lebih berilmu dari aku. Tapi korang kena faham yang aku di sini bukannya nak mengajar korang main futsal pun. Aku bukannya JU futsal. Aku JU 1M 1S untuk sukan futsal. Apa yang aku cuba sampaikan ialah cara bagaimana nak kendalikan aktiviti 1M 1S semasa di sekolah. Benda ni penting supaya bila balik ke sekolah esok, tak wujudlah lagi guru reluctant yang lepak di koridor dengan alasan "Aku nda tau apa-apa ih....aku ani main futsal pun nda pernah..."

Sok balik sekolah salahkan JU. Samalah macam mak bapak yang asyik salahkan guru bila anaknya tak pandai. Padahal semuanya dari sikap diri sendiri.

Kepada peserta kursus yang mampu bertahan hingga ke akhir, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kamu memang supportive dan sporting.


p/s : aku cuma mengomen 3-4 orang peserta sahaja, out of 20. Thank you.

0 comments:

Post a Comment