Wednesday, October 22, 2014 | By: Luna Biru

Pola pemikiran

Projek pilem ini asal mulanya hanyalah sekadar projek cikai-cikai yang boleh dibuat macam melepas batok di tangga.

Tapi mengidam nak tunaikan impian dua sahabat, yang sorang gian nak jadi photographer, dan yang sorang pula dah lama tak turun ke ladang, maka aku cuba menjadikannya projek mega. Bigger. Larger than life.

So impian aku ialah untuk menunaikan impian mereka.

Aku tiada langsung kepentingan dalam projek ni. Lagipun aku sedar kalau expertise aku bukanlah menuju ke bidang perfileman, tapi lebih kepada pengurusan sumber manusia. Melatih manusia kayu jadi pelakon, memberi motivasi, memecah skrip, menghayati watak sampailah ke penjiwaan tu mungkin bidang yang perlu aku telesuri lagi....


Then,

Bila ada sebaris ayat mengatakan bahawa aku adalah si penghancur impian dan passion yang berbelas tahun disimpan kerana sikap aku yang kurang bertimbang-tara, maka sedikit sebanyak aku jadi sentap juga.

Jadi untuk apakah semua yang kulakukan ini? Untuk siapa?

Aku malas nak tegakkan kebenaran diri. Aku juga dah tak mampu nak sedarkan manusia yang bongkak dengan bakat dan cara fikirnya yang dirasanya begitu hebat . Bila maruah lebih besar dari hubungan professionalisme, bila emosi lebih tinggi dari logik akal, maka segala kebenaran akan menjadi naif. Sangat naif.

Aku sedar kesilapan aku di mana. Tapi percayalah bahawa perlakuan yang dianggap silap itu tidak akan terjadi kalau perkara sebelumnya tidak terjadi. Ia adalah konsekuens. Bagai filem yang belum selesai, maka prequel perlu ada untuk menceritakan dengan lebih detail. Teknik imbas semula juga perlu ada untuk mengingat kembali dari mana salah itu bermula. Malangnya, prequel dan teknik imbas semula tiada makna di sini. Yang ada hanyalah konsekuens dan rantaian-rantaian tindakan yang melarut-larut....

Ok. Cukup sampai sini.

Kalau sudah begitulah sesuatu yang bernama sikap, maka tiada apa yang nak dipersoalkan lagi. Oh, maaf. Sebenarnya sikap boleh diubah, tapi cara berfikir dan pemikiran yang tertutuplah sebenarnya yang susah untuk diubah.

Titik.






0 comments:

Post a Comment