Wednesday, October 29, 2014 | By: Luna Biru

Penilaian

Manusia itu sifatnya suka menilai dan menghukum. 

Tak kisahlah. 

Kalau dah memang jenis perasan bagus dan tak ingat dosa sendiri, memang begitulah gayanya, ye tak? 

Di saat dosa disulam bersama, tak nampak pula aku ni jahat. Tapi saat aku menyimpul dosa sendiri, maka kau pun lupa pada kisah silam; lalu merasa berhak untuk menilai dan menjatuhkan hukum pada aku.

Perlukah aku kisah dengan penilaian berat sebelah kau? 


Tak kot....

Tak kisahlah kau nak kata aku ni sundal ke, perempuan tua tak sedar diri ke, atau aku ni jahat nak mampus macam langit dengan bumi ke, atau apa-apalah suka hati kau...semua tu tiada makna bagi aku. Apa yang penting ialah siapa aku di mata Allah...siapa aku di mata suami aku. Betapa semua dan segala yang terjadi ini adalah hikmah terbesar dalam hidup aku dan betapa aku cuba meluruskan segalanya dengan cara terbaik (mengikut acuan aku sendiri dan ya...terbukti aku memilih jalan yang betul). 

Soal hati bukanlah suatu perkara yang boleh dirunding2. Hati tu kompleks. Hati kau boleh suka, boleh marah, boleh jatuh, boleh buat apa2 pun yang dia nak. Jesteru kerana itu Allah menganugerahkan kita akal untuk berfikir. Akal tu juga yang akan mengajak hati  untuk berunding baik2 agar menjadi lebih rasional dan matang. Dan aku selalu bersyukur kalau akal aku lebih besar dari hati aku. Kalau tak, dah lama aku ajak kau buat benda gila. Tapi aku tak....kenapa? Kerana akalku lebih berkuasa dari hati aku. 

Sama juga macam hal ni.  

Ah sudahlah...tak kuasa aku nak buat kau faham

0 comments:

Post a Comment