Orang cakap kucing tiada tikus pun berlari-lari.
Haha....
Malam ni aku terima ajakan seorang sahabat lama untuk menemaninya ke KK. Hmm...bagus juga idea ni sebab aku pun dah lama tak makan McD. Oh...maaf. Aku tak terima idea makan McD bermakna kita menumpahkan darah Palestine, ok?
Apapun, pertemuan dengan Connie malam ini telah membuka satu kisah yang tidak kutahu akan kewujudannya. Semuanya berkonsekuensi dari entry Action Song Story Glory. Rupanya entry itu telah menyentuh sensitiviti sebelah pihak yang telah aku libatkan dalam isi entry tersebut.
Kalau dia sedang membaca entry ini, dia pasti tahu kalau aku sedang bercakap mengenai dirinya.
Aku tidak akan memperpanjangkan kisah itu di sini sebab semuanya sudah aku luahkan pada Connie. Insya Allah dengan segala kebijaksanaan yang Connie ada, dia akan dapat menjernihkan keadaan ini kembali. Dalam hal ini, aku menaruh sepenuh kepercayaan dan harapan pada Connie untuk memperbetulkan kembali mana-mana kesalahfahaman yang sudah terkusut gara-gara kecelaruan fakta.
Kepada yang berkenaan, di sini aku secara terbuka ingin meminta maaf.
Thus, kisah yang sangat tidak sedap untuk dikunyah ini nyatanya juga sudah mengimpak kepada lanjutan kisah yang lain lagi. Entah siapa biang keladi pada semua ini. May Allah curse that person. For you - you - you and you - di sini aku nak bagitau yang aku bukanlah jenis manusia yang gemar bersaing. I am not 'Miss Competitive' (or Mrs! it is just the word to define some people like that) dan aku bukan jenis manusia yang obses dengan kejayaan. Aku percaya pada takdir, rezeki dan kehendak Tuhan. Kekecewaan bagiku hanyalah bersifat sementara dan bila kecewa tu hilang, maka kita akan kembali menjadi manusia biasa. Persaingan mungkin penting sekali sekali untuk mewujudkan suatu proses motivasi. Tapi sekali lagi aku nak ingatkan, aku bukanlah jenis manusia yang obses dengan kejayaan hingga perlu bersaing dan menjatuhkan maruah orang lain dengan cara yang fatal. Aku pasti tidak akan dapat memaafkan diriku kalau aku sampai melakukan hal seburuk itu. Allah juga pasti akan melaknati aku.
Thus (again), kata-kata yang berbentuk nasihat yang ditujukan kepada aku tadi sebenarnya sangat melukai hati. Ia buat kulit muka aku jadi tebal. Mahu saja aku berdiri dan membela diri. Tapi memandangkan itu semua hanyalah ideologi syaitan untuk menyesatkan aku, maka lebih baiklah aku bermuhasabah diri dan kembali kepada hukum alam. Betul juga abang bilang; bahawa perempuan tidak memerlukan alasan untuk membenci perempuan lain. Jadi, si biang keladi atau pengadu domba pada semua kekalutan ini sebenarnya sudah berjaya dalam melaksanakan misinya hingga pada akhirnya aku jugalah yang terlihat buruk dan orang lain pula terlihat sebagai mangsa.
That it.
Agenda itu sudah membuahkan hasil yang manis untuknya.
Kepada Connie, terima kasih kerana terus menjadi kawan aku yang masih mengenali siapa aku. Walau seluruh isi dunia ini mengotori aku, aku tahu bahawa masih ada kau yang mahu membersihkan aku.
Wallahuaklam.
p/s : Aku tidak tahu kalau entry ini bakal mengusutkan lagi keadaan atau tidak. Hidup adalah pertaruhan, kan?
1 comments:
Thanks deq for trusting me...dan mudah2n jg..In shaa Allah...dengan izin Allah...persahabatan kita ini akan trus kekal hingga akhir hayat...wlupun dasarnya kita dekat tp jauh (aku d kuala ko d takis)...tp bg aku berjumpa slalu...bersembang slalu bkn la jaminan hbngan akan berkekalan...tp...kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran dlm persahabatan tu yg akan buat pertalian itu trus kekal...
p/s:aku da smpaikan apa yg ku rasa perlu...selebihnya aku rasa biar dia baca dr entrymu ni sendiri...
Post a Comment