17- 18 Mei 2013.
Kem Kecemerlangan UPSR buat kali kedua telah diadakan di Binsulok Resort. Kali ini, sasaran ditujukan untuk pelajar cemerlang dan Near Miss Lulus iaitu seramai 22 orang. Kem ini membawa kelainan dari yang pernah dijalankan sebelum ini hasil idea yang dicetuskan oleh encik penganjur.
Kami tiba di Binsulok agak lewat petang itu sebab terpaksa tunggu lima orang budak SUI yang juga sedang terlibat dalam mengambil peperiksaan pada sebelah petang. Hati agak ralat sedikit bila perbincangan yang telah disepakati antara kedua belah pihak termungkir atas sebab-sebab yang ntah apa-apa. Bengang bercampur stress melanda jiwa bila terpaksa menunggu lebih satu jam di depan pintu pagar sekolah. Hampeh betul. Sayang betul masa yang terbuang begitu saja sedangkan banyak yang telah dilaburkan untuk sampai ke tahap ini. Mungkin lain kali pemurnian jadual perlu dilaksanakan agar masalah perlanggaran begini dapat dielakkan.
Slot pertama untuk subjek BM dimulakan pada sebelah malam selepas acara makan diadakan. Bersesuaian dengan tentatif program, pelajar dalam kem ini didedahkan dengan kaedah BCB dan perbincangan individu. Kalau sebelum ini, aktiviti lebih menjurus kepada ceramah dan bengkel, namun segalanya agak berbeza kali ini.
Malam ni aku tidak terlibat langsung sebab slot aku akan diadakan esok pagi. Jadi, pengisian malam ni cumalah sekadar membantu rakan-rakan setugas memasak di dapur. Sebenarnya aku tak bantu langsung pun, cuma tolong 'subuk-subuk' ja...Ni kawan aku si cik pink lady ni lagi banyak tangan membantu...
Keesokannya, macam biasa, aku terlepas acara senamrobik sebab lambat bangun. Lepas sarapan, slot pertama pun diadakan oleh dua sahabat setugas. Slot kami; aku, Noy dan Rahimah pula menyusul sejurus selepas itu.
Dalam slot ini, kami membahagikan murid kepada tiga stesyen mengikut mata pelajaran iaitu Math, Sains dan BI. Murid pula dikumpulankan mengikut tahap kecerdasan masing-masing untuk memudahkan pemahaman murid dan menyusun tindak-susul.
Pada akhir slot, aku dapati cara ini agak berkesan kerana murid mempunyai banyak ruang untuk belajar mengikut tahap kemampuan masing-masing. Feedback yang positif telah diberikan oleh murid sendiri. Alhamdulillah...
Apa yang menariknya ialah, si Abe telah mendapat score 28/40 pada kertas satu; which is sangat mengujakan pada aku. Mana tidaknya selama ini asyik dapat 12/40 saja untuk kertas 1!
Jadi aku tahulah bahawa sebenarnya si Abe ni sememangnya berakal juga cuma akalnya ini tidaklah mampu fokus sekiranya persekitarannya banyak gangguan. Mungkin dia perlu berada di sini waktu exam UPSR kelak. Ngeh...
Acara berakhir pada jam 3.00 petang. Majlis penutupan dan penyerahan sijil disempurnakan oleh encik GB sendiri. Tahniah kepada pihak UBK yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini akan menghasilkan kejayaan pada peperiksaan UPSR kelak. Kepada murid-murid semua, semoga segala semangat yang kalian tanamkan di sini hari ini tidak akan berakhir di sini juga. Bawalah semangat itu pulang dan pupuklah ia biar jadi sepohon cita yang membuahkan kejayaan.
Insya Allah...
Terima kasih pada encik photographer yang tidak pernah meninggalkan saya keseorangan.
0 comments:
Post a Comment