Kadang-kadang, kita tidak perlukan rencana khusus untuk menikmati hari-hari bahagia. Detik kebahagiaan itu muncul begitu saja saat semua hati berpadu dan terbuka untuk menyatu dalam menciptakan sebuah moment yang sempurna. Bahkan, tatkala kita merencanakan segala sesuatu dengan sempurna, keadaan tidak mengizinkan untuk bahagia itu muncul. Kerana itu aku tidak pernah percaya pada perancangan untuk membahagiakan seseorang pada hari-hari yang khusus. Bagi aku, saat sempurna bisa muncul tanpa diundang-undang. Kitalah yang perlu peka untuk meraihnya.
Sebenarnya waktu pulang dari kelas tambahan tadi, aku agak terkejut bila Ade dan Mizan sudah bersiap dengan pakaian baru. Bila kutanya mahu ke mana, jawab dorang 'Mau pigi KK'. Wah...ini sudah merupakan satu cara lapuk yang sangat berkesan. Aku tahu ini mesti idea si Acik yang sengaja gunakan dua budak kecil tu untuk mengumpan aku. Setelah berusaha mengelak dengan tidur berjam-jam, akhirnya, aku dan abang mengalah juga bila tengok Ade dan Mizan tetap pakai baju jalan sampai ke petang.
See....memang menjadi taktik si Acik ni.
Oleh sebab tiada filem yang best untuk ditonton, kami pun cuba buat pembaharuan dalam aktiviti keluarga kali ni. Aku mempertaruhkan aktiviti bowling yang belum pernah kami mainkan secara bersama. Biasanya, Arin dan Abe pergi sendiri dengan ibu, sementara aku pula dengan kawan. Abang? Kali terakhir dia waktu di maktab dulu...
Arin jadi johan dalam game kali ni. Abah dapat nombor dua manakala Abe pula yang keempat. Anies dan Acik berkongsi pin sebab Acik tak larat angkat bola yang sama berat macam badannya sendiri.
Lucu betul bila tengok Acik baling bola. Punyalah lama mau tunggu bola tu sampai ke pin. Siap-siap boleh masak maggi lagi baru bola Acik sampai. Anies sampai mau terkencing-kencing ketawa. Tetiba bola yang begitu slow strike. Kami yang tengah berdekah-dekah ketawa automatik tergamam.
Tapi itu sekali sajalah...lepas tu keajaiban tidak berlaku dua kali. Kesian Acik...
Lepas main bowling, kami pun layan permintaan anak-anak yang mahu bermain games. Hmm...bila sudah pergi sini, mestilah g k-box, kan? Jadi kami pun mulalah melalak sesedap rasa.
Jadi akhirnya kami semua bersetuju untuk mengingati hari ini sebagai hari yang paling istimewa. Kami berkongsi perasaan bahagia yang sama dalam sebuah acara keluarga tanpa perancangan. Terima kasih, Tuhan kerana memberi rasa bahagia ini...
nak tengok aksi karaoke jatuh ke laut kami, silalah klik link di bawah.
p/s : Bahagia itu apabila kau membuka ruang untuk membiarkan dirimu bahagia dan memeri peluang kepada orang lain untuk membuatmu bahagia.
0 comments:
Post a Comment