Tuesday, May 14, 2013 | By: Luna Biru

Sambutan Pra-Hari Guru (Episod 2 : Badminton Match)

Ini adalah episod kedua dalam aktiviti hari guru kami.


Barangkali dulu permainan badminton ini adalah makanan bagi aku. Ngeh...macam termberang bunyinya. Namun, kecederaan tragis hampir 18 tahun lalu sudah merenggut segala nikmat yang Allah pinjamkan pada aku selama itu. Kecederaan yang dipanggil ACL itu memberi impak sampai ke hari ini. Sejak hari tu, lutut aku sering terlepas dan bila masuk balik, lutut seakan terkunci. Dokter sudah berulang kali mengesyorkan untuk pembedahan tapi aku masih percaya pada rawatan tradisional. Tapi semenjak makin tua ni, masalah ni semakin menunjukkan ciri-ciri yang menakutkan. Mujur saja aku ni sememangnya berjiwa sukan, kalau tidak, aku lebih rela duduk tepi gelanggang dan buat air oren. 



Dalam pertandingan ni aku berganding dengan abang Kamil, the AKS (sokongan). Waktu sesi latihan minggu lepas, awal-awal lagi aku dan inform dia yang aku tak pandai main. Aku  tidaklah cakap pada dia masalah sebenar aku. Tapi kira ok lah juga sebab abang Kamil pun bukan calang-calang orangnya. 


Yang di atas ni ialah lawan bergu kami, Kak Jane dan Jun. Dua-dua pun hebat. Si June jangan cakaplah. Tengok lemak betis pun tau. Pantang ada peluang, confirm smash tajam-tajam. Keputusan dorang menang street set 21-19 & 21 - 17. 


Sebelum bermain, aku sudah siap ikat lutut aku kuat-kuat dengan pendekap berharga ratus-ratus. Ada pada ketikanya aku dengar bunyi lutut aku tercabut tapi pasal dia kena protect so dia balik ke kedudukan asal secara automatik. Aku tengok abang pun macam panik bila tengok aku mulai gerigitan kejar bola. Heh....


Lepas main game aku, aku terus pulang sebab lutut aku mulai rasa panas. Sampai rumah, bila aku buka balutan, lutut sudah mulai bengkak dan berubah bentuk. Nasiblah ada adik aku si Yoyo pulang bercuti so terpaksalah dia yang tuamkan air panas di lutut aku dan balut dengan air halia supaya bengkaknya surut balik. Hampeh...


Aku cukup bangga (walaupun kalah) sebab aku berjaya lawan sakit aku dan kelemahan yang diciptakan oleh otak aku. Nasiblah tema game ni untuk suka-suka saja. Kalau untuk bersungguh cari kemenangan, terpaksalah aku minta abah mandikan air jampi susuk besi. Haha...





2 comments:

Anonymous said...

sya syorkan anda membuat rawatan tulang dengan pak muhammad dikeningau. buktinya amat berkesan untuk menyembuhkan masalah tulang walau seteruk manapun.

Luna Biru said...

Terima kasih. Saya pun pernah dengar tentang kehebatan Pak Mad tu. Insya Allah akan diusahankan untuk bertemu dengan beliau.

Post a Comment