Saturday, April 27, 2013 | By: Luna Biru

Akukah yang buta konsep? (The Action Song story glory)



Pertandingan Action Song Peringkat Daerah Papar sudah pun berlangsung pada 17 April yang lalu. Tahun ni aku gagal meraih sebarang anugerah. 

Kecewa? 

Tidaklah sangat. Cuma sedikit hairan dengan sistem pengadilan yang buat aku rasa aku ni buta konsep. Lebih menyendatkan jiwa bila dalam kertas pengadilan, nombor kami di tempat ke tiga diubah ke nombor yang lain. 

Well...hal yang sama berlaku lagi macam tahun lepas. 


Sebenarnya aku pun tidaklah meletakkan sebarang sasaran pada tujahan action song kali ini. Muridku tahun ini tidak sehebat murid tahun lepas. Lebih dari itu, aku memang sudah mempersiapkan diri untuk kalah sejak dari mula lagi. Bahkan, semenjak aku berusaha disingkirkan pada mesyuarat kedua pada 11 April lagi aku sudah tahu aku hanya akan pulang dengan tangan kosong. Hence, kalau persembahan sehebat tahun lalu pun boleh disingkirkan untuk memberi laluan pada persembahan ntah apa-apa dengan kerusi, inikan pula tahun ini yang langsung tiada gempaknya. 

Aku memang bersedia untuk kalah. Ia takdir yang sudah kumaklumi sejak awal. Sebab itu dari mula lagi aku hanya tetapkan nawaitu ku semata-mata kerana prinsip FPK. 

Apapun, aku bersyukur sangat sebab melalui pertandingan ini aku akhirnya pandai menjahit. Kebaya pulak tu! Memang hebat gilalah semangat FPK aku ni. Meskipun ada yang kata tema dan pakaian aku agak mengarut dan langsung tak kena, tapi ntah kenapa hati aku bertegas cakap yang aku berada di landasan yang betul. Terlebih keyakinan diri agaknya aku ni. 

Jadi malam ni boleh sudah tidur dengan nyenyak setelah lebih seminggu tak kenal masa menyiapkan semua benda ni. 

Thanks to abang yang banyak berkorban. Juga untuk Kak Noris, Noy dan Kak Dizah. To Umi, you are the best!












1 comments:

Indo Telematika Education said...

blogwalking, nice blog, unique, inspiring, thanks

Post a Comment