12 Mei 2013 (Ahad)
Oleh kerana kami tidak bercadang untuk menyambut hari kelahiran abang, maka tengahari itu pun kami berangkat menuju ke majlis Gunting Rambut anak pertama Encik Romzi Yusuff. Romzi ni anak buah aku yang sudah lama aku tak jumpa. Kali terakhir aku ingat, muka dia tak macam ni. Nasib baiklah jumpa di sini, kalau jumpa di Pekan, for sure aku tak tegur sebab muka dia memang sudah jauh berbeza dari dulu. Aku taklah rasa bersalah sangat tak kenal dia sebab rupanya dia sendiri pun sudah tak cam aku lagi...
Abah memotong rambut cicitnya |
Setelah habis majlis gunting rambut dan acara makan-makan, rupanya sang tuan rumah mengadakan pula majlis sambutan Hari Ibu. So, apalagi semua para ibu pun berkumpullah beramai-ramai untuk meraikan hari yang penuh bermakna ini. Terima kasih pada puan yang sponsor kek. Kek itu telah menyebabkan semua ibu merasa gembira yang teramat sangat. Besar maknanya hari ini bagi mereka.
Bagi aku pula? Sorry...aku tak sambut hari ibu untuk diri aku.
Kami pulang sebelum majlis tamat. Entah kenapa padahal aku masih mahu bertahan. Aku betah 'hidup' bersama dengan dorang semua ni. Best dan sporting. Anak-anak pun suka...
0 comments:
Post a Comment