The Safety Campaign by the Talisman Group yang menjelajah seluruh Sabah kini singgah di Sk. Surati. Program ini bertujuan untuk memberi informasi umum mengenai semua jenis keselamatan termasuklah keselamatan di jalan raya, di rumah dan di tempat kerja/sekolah.
Sejak awal lagi aku sudah dimaklumkan untuk bertugas menjadi emcee. Oleh kerana Pengarah Program ini adalah orang putih, iaitu Mr. Ron Aston, maka aku dikehendaki untuk mengacarakan majlis dalam bahasa kedua. Pada mulanya aku ingatkan aku akan berpasangan dengan seorang emcee lagi yang handle Bahasa Malaysia. Tapi bila sampai harinya, baru aku tahu yang aku cuma seorang untuk handle kedua-dua bahasa.
Fuyoo....mau2 Encik Mahathir Lokman pun kagum ni sama aku...
Agak sukar untuk mengacarakan majlis dalam keadaan yang kurang kondusif dan prasarana APD yang kurang mantap. Lebih sukar lagi ialah mengawal keadaan bising murid-murid yang tak pernah berhenti bercakap. Aku terpaksa bekerja keras untuk menarik perhatian dorang dengan bahasa-bahasa yang mudah difahami. Sampai pada suatu saat, aku sudah mulai hilang keformalan dan mula mengacarakan majlis ikut suka hati bapa tiri laki mak aku....
Acarakan dimulakan dengan persembahan sembah tari di bawah pimpinan Teacher Jane. Dua jenis tarian dipersembahkan dalam majlis ini. Tahniah diucapkan pada Kak Jane yang sempat handle dua latihan meskipun dalam masa yang begitu singkat.
Acara kemuncak adalah demo daripada pihak Bomba dan Penyelamat tentang cara memadamkan kebakaran. Panas gila bro...bila api menyambar betul2 dekat muka aku. Padan muka sebab teruja sangat nak cari angle. Waktu ni juga aku baru tahu kalau Alat Pemadam Api tu rasanya masin....
Acara habis jam 11.30 yang diikuti dengan permainan interaktif. Seronok tengok budak-budak tu meng'eksplore' kemahiran berkomputer. Aku ambil kesempatan untuk lari ambil Ade dan Mizan di Sk. Kuala. Abah dorang berangkat ke KB pagi tadi kerana bertugas di MSSN Bola Sepak.
Hmmm...mesti pelik bila balik nanti abang tiada di rumah.
Waktu pulang, kepenatan menggigit seluruh badan. Masa2 kritikal beginilah pula si Abe buat hal dengan menggunakan kuasa mulut celuparnya pada aku...Aku nangis sampai bengkak mata...
Apapun, semoga acara yang sehebat begini dapat diteruskan.
0 comments:
Post a Comment