Tahun ni sekolah kami mencari kelainan dalam menyusun tentatif Hari Guru. Biasanya aktiviti hanya akan berjalan semasa perayaan diadakan. Jadi, atas nasihat ahli fikir sekolah, maka tahun ini aktiviti dibuat pada masa yang lain, lalu ditutup pada hari perayaan.
Pertandingan Badminton dan Bowling adalah senarai yang telah terpilih dalam banyak-banyak senarai yang telah disidangkan.
Oh pleaselah...dua-dua pun aku kantoi. Haha...Tiadakah pertandingan main PS3? Aku teror main Taken. Nda pun, jom lawan Daytona.
So hari ini, Pertandingan Bowling pun diadakan di GrowBall, CP. Aku sampai agak lewat sebab kena hantar budak ke SUI dan lepas tu hantar Arin ke Likas lagi. Jammed dan hujan sangat menyakitkan hati. Belum sampai dua jam aku di CP, Arin sudah call minta ambil. Hadeh....penat tadi pun belum hilang lagi...
Sebelum jam 6.00 kami sudah keluar CP. Sekali lagi kami terperangkap dalam jammed dan hujan. Setelah berhempas-pulas menahan sakit hati, akhirnya kami sampai di Stadium Likas jam 7.40! Sekali lagi jammed itu terpaksa kami harungi untuk pulang ke Papar. You believe or not, jam 9.30 malam baru kami sampai. Waktu turun kereta aku baru sedar kalau sebelah pinggang aku lebam. Mungkin terlalu lama duduk memandu atau kesan bowling. Hampeh...
Balik rumah, umi tanya pengalaman baru aku main bowling. Hmmm...jawapannya, dulu aku tak suka, sekarang pun aku tetap tak suka juga. Aku memang tak brapa minat mainan yang menuntut 'aim' dan 'marking' macam Dart, archery mahupun The Dead Devil.
Ok. Selamat malam. Oya, terima kasih encik GB dan Cikgu Yassin sebab belanja.
Anis first time main bowling |
Macam ragu2 jak Kak Jane bergambar |
Kaki aku dan Anies yang semulajadi bengkok. Hahaha |
(P/s : Kalau kau tanya mana abang dalam episod yang sadis ini, jawapannya ialah dia sekarang berada di Kudat untuk Pertandingan Bola Sepak Negeri. Ketiadaan abang teramatlah menyeksakan sebab aku terpaksa tanggung semua beban ini sendiri. Agak sukar menghubungi abang sejak pagi tadi mungkin sebab telefon dia besar sangat jadi tak muat dalam poket. Bahkan, ketika entry ini kutaip, aku masih gagal menghubungi dia. Aku harap abang tidak diserang migrain kroniknya).
0 comments:
Post a Comment