Saturday, June 25, 2011 | By: Luna Biru

Sebuah Permintaan II : The final


Ingat tak pada entry Sebuah Permintaan, inilah tokohnya; HAJI ALI HASSAN.

Begitu banyaknya halangan untuk menunaikan permintaanya sampai jam 4 pagi kami mencuba untuk merakamkan puisi yang diamanahkannya untukku. Hingga akhirnya pihak admin mengambil keputusan untuk membatalkan saja deklamasi puisi itu. Tapi aku takut sekali kalau perasaan bersalah menghantui aku kalau aku sampai mengecewakannya. Maklumlah, hajat orang tua...

Akhirnya, aku buat keputusan nekad untuk mendeklamasikannya secara live. Ini baru dinamakan perjuangan. Belum pernah seumur hidup aku mendeklamasikan puisi di hadapan penonton apalagi dalam majlis sebesar itu. Aku pula selalu tergagap bila bercakap secara langsung. Tapi syukurlah, Allah bersamaku. Entah kenapa saat aku memulakan bacaan puisi itu, seakan ada satu aura yang meresapi tubuhku, seakan aku memahami makna yang tersirat di balik puisi itu. Kemudiannya, semuanya bagaikan mimpi. Aku ternyata dapat menyudahkan deklamasi itu tanpa cacat celanya. Its miracle!

Ketika aku menemuinya selepas acara tamat, dia menyalam tanganku dan mengucapkan terima kasih dalam keharuan yang mendalam. Dia juga menyampaikan salam Datuk Muhyiddin padaku.

Syukurlah....

Sekitar interview yang lepas...







0 comments:

Post a Comment