Saturday, June 25, 2011 | By: Luna Biru

Sambutan Hari Guru dan Short Movie.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, merasmikan majlis Sambutan Hari Guru
Akhirnya,

Hari ini tiba juga. Perjuangan selama dua minggu yang perit, lelah, menyakitkan dan sekaligus menyeronokkan.

Aku tak mengharapkan yang terbaik sebab aku tahu tak ada satupun dari kami yang pro. Semuanya amatur. Satu-satunya yang kuharapkan dari mula lagi ialah agar misiku sampai ke hati penonton. Aku cuma berharap agar masyarakat tahu bahawa seorang guru itu tetap manusia biasa, yang punya perasaan yang bernama khilaf. Bukan untuk memaafkan kekurangan itu, tapi untuk kita semua saling memahami dan memberi ruang untuk berdiri kembali setelah patah bersama sayap waktu. Seorang pemimpin itu juga memainkan peranan yang penting dalam membina kembali jati diri seorang guru. Bukan hanya sekadar memberi hukuman dan memaksa guru itu melepaskan jawatannya. Kehebatan seorang pemimpin itu adalah bergantung pada caranya menyuntik dan membakar kembali iltizam keguruan agar guru-guru itu tidak terus hanyut dalam kalut yang digumulinya.

Aku cuma berharap agar semua itu sampai ke hati mereka. Tidak lebih. Tidak juga ingin menunjukkan hebatnya lakonanku atau betapa cantiknya aku di layar. Ia lebih dari sekadar itu.

Terima Kasih kepada rakan-rakan guruku yang telah menggantikan kelasku sepanjang tempoh pembikinan short movie itu.

Terima kasih pada Siti dan geng FT nya yang sabar melayani karenah kami.

Terima kasih pada Tuan Saiful dan Armin yang tak pernah meninggalkan kami.

Tahniah kepada Multimedia Teamwork atas kerjasama yang padu.

Tahniah untuk director Azmi dan editor Fairuz for the great job.

We did it guyz!


Kru belakang tabir yang dah hangus terbakar
What a great idea!


Meski banyak scene yang dipotong demi kebaikan bersama dan juga desakan masa, hingga jump scene nampak tak scnycronise, tapi aku percaya, orang faham apa yang kami cuba sampaikan. Aku juga berharap, agar Sambutan Hari Guru bukan sekadar memberi anugerah, tapi juga sebagai satu majlis perkumpulan guru-guru yang ditunggu-tunggu oleh semua guru, yang dapat dibanggai dan dihormati kehadirannya.

Ya Allah, semoga setiap niat yang ikhlas dapat diterima dengan ikhlas jua. Amin....

0 comments:

Post a Comment