Wednesday, June 15, 2011 | By: Luna Biru

Casting untuk Short Movie


Idea membuat filem pendek ini adalah kesinambungan daripada tayangan sempena Pelancaran Netbook 1 Malaysia yang telah disempurnakan oleh team multimedia yang diketuai oleh abang sendiri.

Kami telah melalui beberapa perbincangan untuk mempersembahkan satu jalan cerita yang telah dipersetujui bersama. Aku bertugas sebagai penulis skrip dan pengarah lakon layar. Lokasi pilihan kami untuk menjayakan filem ini ialah Sk. Kambizaan dan SMK Takis, Papar.


Shoting pertama telah bermula hari ini di Sk. Kambizaan. Sementara team abang membuat shoting, aku memulakan langkah untuk melakukan casting di SMK Takis. Pening kepala dan sakit tekak bila seorang diri membuat casting untuk projek filem pendek sempena hari guru ni. Bersilih ganti pelajar telah menjalani latihan namun belum ada satu yang betul-betul menepati citarasa aku. Akhirnya, di saat penantianku hampir ke hujung, aku menemukan seorang calon yang kebetulan lewat di kawasan lokasi untuk ke tandas. Dari air mukanya nampak macam orang berani kena belasah. So, aku pun panggil dia dan Alhamdulillah, ternyata memang dia orangnya!

Rupanya, anak kawan aku, sekampung aku juga. Tahniah untuk saudara Bakar, ayah kepada adik Zulqarnain yang semamangnya berbakat.

So, malam ni kena kerja lebih sikit sebab esok shooting akan bermula.

0 comments:

Post a Comment