Sunday, January 26, 2014 | By: Luna Biru

Mengukur baju

Setiap pasangan itu selalu punya aspirasi berbeza. Punya ideologi yang jauh bertentang, juga cara pendekatan dalam menangani sesuatu permasalahan. Selalunya, keduanya akan saling mempertahankan bahawa ideologinya lebih mapan, lebih terkesan rasional dan jauh lebih waras berbanding pasangannya. Bagi aku, kompromi penting di sini. Selain itu, menjangka kemungkinan juga sangat penting. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Maka kerana itu setiap manusia itu berbeza caranya menghadapi sesuatu situasi kerana dia seharusnya lebih tahu ukuran baju yang dipakainya sendiri.



Namun ada juga manusia yang tidak tahu ukuran bajunya sendiri. Kerana itu dia sering memaksa keadaan untik berlari seperti keinginannya. Malangnya, bila keadaan tidak menyebelahi, kita pun tewas dalam nasib yang kita pertaruhkan. Kemarahan pun datang sampai kita keliru siapa sebenarnya yang layak untuk dimaki; samada keadaan atau diri sendiri.

Apapun, menjangka kemungkinan itu penting. Sama penting dengan mengukur kemampuan diri sendiri. Tidak semua ideologi kita lebih baik dari orang lain. Apalagi bila orang lain itu lebih mengenali diri kita lebih dari kita mengenali diri sendiri.

Kenalilah diri.
Ukurlah kemampuan.
Terimalah pandangan.

Kesilapan menjangka boleh saja memusnahkan rancangan orang lain.

0 comments:

Post a Comment