Aku rasa aku tak update lagi kisah tahun baru dan azam-azam klise.
So, ini adalah entry-entry yang tertangguh. Aku ringkaskan sekadarnya. Cukup untuk rujukan aku kalau blog ni jadi buku nanti.
31 Disember 2013.
Pada hari terakhir di tahun 2013 tu, akhirnya aku cuba jugalah capaikan hajat umi yang teringin sangat join venture dengan Mummy Enun untuk berjualan di pantai. Aku pun tumpang sekaki buat dua-tiga jenis kuih dan pertaruhkan nasib pada warga Papar yang mungkin akan sesat di Pantai Manis. Hasilnya memang tidak menggiurkan sama sekali. Hujan lebat dan angin kencang, ketakutan pada tsunami serta kepercayaan tahyul yang sudah memudar tidak memungkinkan pantai itu dikunjungi lagi untuk upacara membuang sial akhir tahun. Kalau dulu, warga Philipine akan memenuhi pantai tapi sekarang mungkin dorang pun dah educated kot...
Tapi umi tak putus asa. Semenjak malam tu, umi meneruskan perjuangannya. Nampaknya rezeki untuk orang yang tidak kenal putus asa tu memang sentiasa lebih. Alhamdulillah....
01 Jan 2014
Selamat Tahun Baru.
Aku menyambut tahun baru ini dengan segala ketakutan dan rasa cemas pada kemiskinan dan kefakiran. Nampaknya, semua usaha sudah menunjukkan tanda-tanda akan gagal. Tuhan benar-benar mahu memberi pelajaran barangkali. Atau menguji. Atau menghukum. Atau apapun ia, ia tetap terasa sangat menghimpit. Sesungguhnya, kemiskinan itu dekat dengan pintu neraka. Dan boleh juga dekat dengan syurga. Asalkan kita bertaqwa dan sabar pada dugaanNya.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.( Al Baqarah 155-157 ).

02 Jan 2014
Sekolah pun bermula.
Abe secara rasminya masuk tingkatan 1, Arin tingkatan 4 dan Anis tingkatan 2. Waktu tengok Abe menyarung uniform sekolah menengah dan terpacak depan rumah awal Subuh, aku rasa malu sendiri. Itulah impiannya dari dulu, iaitu datang awal ke sekolah. Tahun lepas, hidup kami keliru menyebabkan kami selalu jadi mangsa masa. Syukurlah Allah memberi kelapangan untuk kami berubah. Anis pula stuck di rumah kerana hukuman penggantungannya masih belum selesai. Urusan untuk dia masuk ke SSN pun belum ada respon. Aku harap benar benda ni akan jadi pengajaran besar bagi dia, sekaligus bagi kami. Dia tidaklah patut dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Kami pun banyak silapnya. Kami sendiri tak tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Macamana dorang nak membentuk jadi kuih yang elok kalau acuannya sumbing dan renyuk, kan? Apapun, aku berharap benar agar dia dan Arin dua-dua dapat masuk sekolah asrama tahun ni.
Mizan dan Ade pula secara rasminya berpindah ke sekolah aku tahun ni. Setelah begitu lama tiada budak kecik yang menganggu di sekolah, nampaknya aku kena kembali pada dunia tu. Dua hari ni terasa begitu sukar sebab aku kena berulang-alik merentas pagar menghantar dan menjemput Ade di pra-sekolah sedangkan dalam masa yang sama aku masih mengajar lagi. Nak hantar Ade sebelum masuk sekolah, awal-awal lagi dah kena sound. Nak ambil Ade lepas period habis, pun kena sound juga...keliru aku jadinya. Hajat hati nak pindahkan Ade semula ke Kuala.
Tapi bila masuk minggu kedua, aku dah mulai dapat atasi masalah ni. Syukurlah...
Dan...bila tengok Mizan pula hati aku sayu semacam. Dah masuk tahun 1 budak penyakitan sorang ni rupanya. Dua kali berperang dengan nyawanya yang diambang kritikal, akhirnya hari ini dia menyarung uniform sekolah kebangsaan dengan neck tie warna biru muda dan rambut belah tepinya. Mizan agak slow learner. Dia tertinggal di kelas Cemerlang berbanding rakan-rakan akrabnya yang layak ke kelas Intelek. Kesian aku tengok budak linus sorang ni. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segalaNya. Amin...
0 comments:
Post a Comment