Monday, January 20, 2014 | By: Luna Biru

Sukar

Abang pernah mengatakan bahawa menjadi lelaki itu sukar.
Dan aku mengatakan bahawa menjadi perempuan itu jauh lebih sukar. 
Setelah kedewasaan menapak di usia kami, aku sedar, bahawa persoalan siapa yang jauh lebih sukar bukanlah persoalan utama. Hakikatnya, menjadi orang tua kepada enam anak adalah sebuah kesukaran yang mutlak.

Hari ini abang telah mengorbankan sesuatu yang sangat disayanginya, dan yang didapatinya dengan segala susah-payah demi mereka yang bergelar anak. Aku melihat hatinya sengsara dengan bebat tanggungan yang selalu berusaha dipuaskannya. Kami pula cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dengan menyangkalkan segala kegusaran. Ketenangannya hapus dan dia cuba meminjam kebahagiaan dari tawa anak-anak yang naif dan tak pernah mengerti. Aku tak habis menuduh diriku punca pada semua ketenaran ini. Aku menyesali kegagalanku yang gagal menjadi juru arah yang bijaksana hinggakan si juru kemudi kesasar tidak menentu. Apa yang dapat kulakukan untuk menebus semua kesilapan ini? 

Ya Tuhan, 
Sesungguhnya Kau maha tahu, maha sempurna, maha bijaksana, maha perancang, maha pengasih lagi maha penyayang. Jadikanlah aku seorang isteri yang menjadi penyejuk damai hati suami tatkala jiwanya gelisah ditimpa ujianMu.

Amin. 

1 comments:

Post a Comment