Mendidik anak adalah tugas manusia dewasa, tak kira siapapun mereka. Aku tak ambil hati kalau ada sesiapa nak tolong tegur-tegur anak aku. Kalau nak bagi sentuhan mengajar pun aku tak kisah. Tapi biarlah kena adabnya. Aku sendiri sebagai ibu yang melahirkan sangat menjaga adab ini. Jadi, bila adab ini dilanggar, aku jadi sangat sensitif.
Islam itu agama yang indah. Ia telah menggariskan kita panduan-panduan untuk mempermudahkan hidup kita. Betapa sayangnya Rasulullah pada kita hinggakan nak memukul anak pun Baginda tolong ajarkan. Dan kita janganlah jahil sangat sampai tak tau semua ni. Memukul biarlah mendidik, bukan membelasah. Apalagi sampai tahap menarik telinga dan menjambak kepala anak. Bagi aku perbuatan itu hanya layak digunapakai oleh si pemabuk jahil yang tak kenal wangi sejadah. Perbuatan seperti ini meninggalkan kesan negatif pada anak. Tak percaya? Tepuk dada tanya masa lalu...adakah kita menjadi manusia yang lebih baik saat orang tua kita memperlakukan kita seperti itu? Tidak,kan? Ia hanya meninggalkan kesan dendam dan persepsi negatif pada orang tua. Akibatnya, kerana dendam yang tanpa kita sedari itulah kita hari ini cenderung memperlakukannya pada anak kita sendiri.
Aku tak kata aku ni bagus dalam mendidik anak. Aku pun pemarah juga sebenarnya. Tapi aku cukup menjaga batas-batasku. Sebagai manusia yang dibesarkan oleh seorang bapa dan mak yang tak kenal batas, aku tak mahu anak-anak aku dibesarkan dalam suasana yang begitu juga. Syukur kalau anak-anak aku nanti bertindak seperti aku, iaitu menghentikan semua kejahilan itu. Kalau dorang terus jadi pendendam, bagaimana? Nantinya kejahilan ini akan sentiasa berterusan untuk 7 generasi berikutnya...
Malangnya orang tak nampak apa yang aku cuba perlihatkan. Sia-sia saja berjuang sendiri. Alih-alih, aku yang dituduh sebagai pembela kronik sampai semua jauh hati pula pada aku. Teguranku diputar belit. Hakikatnya, aku adalah pembenci kekerasan. Jumatang pun kubela, apalagi anak sendiri!
0 comments:
Post a Comment